Saturday, November 10, 2012

Inti / Paste Kacang Merah



1 cawan kacang merah
1/2 cawan gula pasir
3 sb gula merah
1 helai daun pandan
2 sb minyak masak
air secukupnya

1.  Kacang merah direndam semalaman atau hingga kembang.
Tujuannya supaya cepat sedikit empuk bila dimasak.  Kemudian dibilas kacang tersebut dan dimasukkan ke dalam periuk bersama 3 cawan air. 

2.  Bila kacang dah empok, masukkan kacang bersama airnya sekali ke dalam blender.  Blendkan hingga lumat.  Ini kalau nak inti yang halus.  Kalau hendak yang nampak kasar2 kacang tu, tak payah diblend.  Teruskan aje campur bahan yang lain.

3.  Selepas diblend, masukkan semula kacang itu ke dalam periuk bersama gula pasir, gula merah, minyak masak dan daun pandan. Masa ni kena tutup periuk sebab semasa ia mendidih, ia akan merecik keluar.  Bila dah pekat, tutup api.  

Perlu diingat, kalau perlukan inti/paste yang lembut, tak perlu masak sampai likat.  Bila nampak dah agak pekat tapi berair sedikit, tutup api.  Inti macam ni sesuai untuk buat pau.  


Tapi jika perlukan inti yang agak kenyal untuk dijadikan bebola, bolehlah dimasak sampai likat.  Bila dah sejuk, ia akan jadi pekat dan boleh dibentuk.  



No comments:

Post a Comment