Bahan A :
1/4 cawan gula pasir
2 1/2 cawan tepung gandum
1/4 st garam
Bahan B :
1/4 cawan butter - dicairkan
2 biji telur - dipukul sedikit
1/2 cawan susu cair/air suam
Bahan D :
2 1/2 cawan inti kacang merah (resipi di sini)
1 biji kuning telur - untuk sapu
sedikit bijan putih/bijan hitam/walnut cincang
1. Satukan Bahan A. Gaul rata.
2. Masuk butter cair dan telur. Gaulkan sedikit.
3. Panaskan susu cair tapi jangan sampai mendidih. Biarkan ia suam-suam.
4. Buatkan lubang di tengah adunan dan tuangkan susu cair/air suam tadi. Gaul dan uli hingga menjadi doh yang lembut. Sapu sekeliling mangkuk adunan dengan minyak dan letakkan doh itu di tengahnya. Tutup dengan kain lembab dan biarkan doh itu selama 40 minit.
5. Bahagi doh kepada 16 bahagian. Leperkan sedikit doh itu dan letakkan inti kacang merah di tengahnya. Bulatkan semula dan leperkan sedikit. Dengan menggunakan gunting, gunting di tepi-tepi kuih roti itu tapi jangan sampai putus.
5. Akhir sekali sapukan kuning telur di atas permukaan roti dan taburkan bijan/walnut cincang. Bakar pada suhu 350F / 170C selama 20 minit.
No comments:
Post a Comment