Ini adalah sejenis sambal pencicah/sos. Sangat sedap.
4 ulas bawang merah - dihiris
1 ulas bawang putih - dihiris
10 biji cili padi
1 sb kicap pekat
1/4 cawan kicap cair
1 biji tomato - belah 4
sedikit belacan bakar
garam, gula pasir
1. Bawang merah, bawang putih, cili padi dan tomato digoreng dalam minyak yang sedikit hingga agak garing. Kemudian ditumbuk semuanya bersama belacan. Berhati-hati semasa menumbuk tomato tu, nanti terpercik di muka.
2. Masukkan semua bahan tumbuk, kicap cair, kicap pekat, garam dan gula dalam periuk dan dimasak hingga mendidih dan agak pekat.
Kicap pekat dan kicap cair itu boleh digantikan dengan kicap lemak manis.
No comments:
Post a Comment