Bahan untuk lapisan atas adalah :
130 gm tepung gandum
1 st serbuk kayu manis
40 gm gula perang
125 gm unsalted butter
1. Ayak tepung dan serbuk kayu manis ke dalam mangkuk.
2. Masukkan gula dan kacau hingga rata.
3. Akhir sekali masukkan butter dan digaul sehingga menjadi doh.
4. Alas acuan 7"x7" dengan baking paper. Tekankan doh itu ke dalam acuan dan ratakan. Lepas itu keluarkan doh itu perlahan-lahan dan letak atas tray yang rata. Sejukkan dalam peti sejuk hingga betul-betul keras supaya senang di letakkan di atas lapisan tengah.
Bahan untuk lapisan bawah :
125 unsalted butter
50 gm gula
185 gm tepung gandum
1 st baking powder
1. Pukul butter dengan gula hingga sebati.
2. Masukkan tepung yang telah diayak bersama baking powder dan digaul sehingga menjadi adunan doh.
3. Tekan rata adunan doh itu ke dalam acuan yang telah dialas dengan baking paper. Lepas itu cucukkan dengan garfu.
4. Bakar selama 10 minit.
Bahan untuk lapisan tengah :
200 ml susu pekat
30 gm unsalted butter
1 sb madu
1 sb tepung jagung + 2 sb air - dibancuh bersama
3 sb serbuk kopi segera (mocca, nescafe atau apa sahaja)
50 gm walnut cincang
1. Campurkan susu pekat, madu, bancuhan tepung jagung, serbuk kopi dan unsalted butter di dalam periuk.
2. Masak di atas api yang kecil sehingga adunan mula menjadi likat. Tutup api.
3. Tuangkan lapisan inti ini di atas lapisan bawah. Taburkan walnut di atasnya. Biarkan sekejap hingga lapisan inti ini agak suam.
4. Akhir sekali letakkan lapisan atas di atas permukaan lapisan inti tadi. Letakkan berhati-hati supaya tidak pecah-pecah. Tapi kalau pecah, letakkan aje baik-baik asalkan menutupi lapisan inti itu.
5. Kemudian dibakar lagi selama 10 - 15 minit. Sejukkan selama 15 minit sebelum dipotong-potong.
No comments:
Post a Comment