Crusty Rusty Bread ni makan sekeping pun dah terasa kenyang. Selain dimakan begitu sahaja dengan butter, boleh juga dibuat cheese sandwich.
Makanan yang simple dan mengenyangkan. Boleh jadi menu diet TETAPI......dah namanya tekak orang melayu kan, 4 jam selepas tu dah mula mencari-cari makanan yang lain.
Nak buatnya? Ambil 2 potong Crusty Rusty Bread (resipi di sini) lalu disapu salted butter di sebelah aje. Kemudian letak daun salad, 3 keping tomato hiris dan 2 keping keju Chesdale. Lepas itu letak sedikit lagi daun salad di atasnya dan tutupkan dengan sekeping lagi Crusty Rusty Bread yang juga telah disapu dengan salted butter. Dah siap.
Menu ini kalau makan di rumah, memang tak ada selera lah. Tapi cukup sesuai kalau jadi menu di office terutama kalau memang sentiasa sibuk dan leka buat kerja....gerenti tak rasa lapar.
No comments:
Post a Comment