Saturday, November 10, 2012

Pau Kampung Inti Kacang Merah




3 cawan tepung gandum
1 sb yeast
1/2 cawan gula pasir
3 sb minyak 
1 1/3 cawan air (air suam atau sejuk pun boleh)
inti kacang merah secukupnya (resipi di sini)
plastik/baking paper/daun pisang untuk alas pau

1.  Gaul tepung dan yeast.
2.  Larutkan gula dalam air.
3.  Tuang 1/2 larutan gula dalam tepung sedikit demi sedikit dan gaul perlahan-lahan.



4.  Masuk pula minyak dan gaul lagi.

5.  Kemudian masuk lagi larutan gula tadi dan digaul lagi hingga menjadi doh yang lembut.  Sekiranya doh agak lembik, masukkan sedikit tepung.  Biarkan doh 10-15 minit.



6.  Bulat-bulatkan doh dan biarkan lagi 10 minit.


7.  Kemudian diambil sebiji doh pau, dileperkan sedikit (jangan terlalu leper).  Letakkan 1 sb inti kacang merah dan bunjutkan kembali doh pau itu.  Bahagian yang dibunjut itu diletakkan di bahagian bawah.  



8.  Letakkan pau itu di atas plastik/baking paper/daun pisang yang telah dipotong bulat atau persegi.   Biarkan pau naik lagi 30 minit dan bolehlah dikukus selama 20 minit atau sehingga nampak ada wap keluar dari celah-celah penutup kukus.





No comments:

Post a Comment