Thursday, November 1, 2012

Nasi Cajun



2 cawan beras basmathi
3 cawan air rebusan ayam (air biasa pun boleh)
1/2 biji bawang besar - didadu
1 ulas bawang putih - dicincang
1/2 biji capsicum
1 st serbuk cili
1/2 st serbuk paprika
1/2 st serbuk lada hitam
1/2 st serbuk oregano
sedikit sayur bayam
2 sb minyak untuk menumis
garam secukupnya

1.  Beras direndam dalam 10 minit.  Kemudian dibilas dan ditoskan.

2.  Panaskan minyak dan tumis bawang besar serta bawang 
putih hingga wangi.

3.  Masukkan serbuk cili, serbuk paprika, serbuk oregano...(3 bahan ini boleh digantikan dengan serbuk cajun yang ada dijual), capsicum dan garam.  Kalau gunakan serbuk cajun jangan masukkan garam banyak sangat sebab serbuk cajun itu sudah ada garam.  Tumiskan sekejap dan masukkan beras.  

4.  Masuk pula 3 cawan air rebusan ayam dan biarkan hingga nasi  
masak dengan sendiri.  Semasa nasi hampir masak, masukkan sayur bayam di bahagian atas nasi dan tutup periuk.  Jangan digaul, biarkan sayur bayam itu masak sendiri dengan wap nasi.  Taburlah sedikit garam di atas sayur bayam itu supaya tidaklah tawar sangat.


5.  Bila nasi telah betul-betul masak, tutup api.

Nasi ini boleh dimakan dengan pelbagai salad, salmon panggang atau apa saja lauk yang disukai.  



No comments:

Post a Comment