Bahan A :
1/3 cawan gula pasir
1 st esen vanila
Bahan B :
10 gm serbuk agar-agar
4 cawan air
1 cawan gula pasir
1/2 cawan susu pekat
400 ml susu cair
3 sb tepung kastad
1. 1/3 cawan gula pasir itu dimasukkan dalam kuali dan dimasak
hingga cair menjadi gula hangus. Kalau nak gelap sikit warnanya, masak lama sikit tapi jangan sampai hangus. Nanti pahit pulak rasanya. Lepas itu tuangkan ke dalam acuan. Ketepikan.
2. Satukan semua Bahan B dan kacaukan sehingga semua bergaul rata tidak ada berketul-ketul. Lepas itu masak dengan api perlahan hingga mendidih. Akhir sekali masukkan esen vanila dan kacau hingga sebati.
3. Tuangkan adunan itu ke dalam acuan yang telah diisi dengan karamel tadi. Sejukkan.
No comments:
Post a Comment