Selama ni selalu beli badam yang dah siap dikupas kulitnya. Rasa macam susah je nak kupas sebiji-sebiji.
Rupa-rupanya mudah je nak kupas kulit badam. Meh..kita buat sendiri. Mula-mula rendam kacang badam yang berkulit tu dalam air panas lebih kurang 30 minit.
Lepas itu letak kacang badam tu antara dua hujung jari ibu dan jari tengah. Picitkan kacang tu dan akan terlurut kulit kacang badam itu.
Kemudian dikeringkan atau disangai kacang badam itu dan boleh disimpan untuk digunakan nanti.
No comments:
Post a Comment