Wednesday, November 15, 2017

Kuih Puteri Dua Sebilik




Bahan A:
1/2 biji kelapa parut
1/2 cawan gula merah
1 sb gula pasir
1/4 cawan air
1 helai daun pandan

Campurkan gula merah, gula pasir dan air dalam periuk.  Masak hingga gula larut.  Lepas itu masukkan kelapa dan daun pandan.  Masak hingga kering tapi lembab-lembab sikit.  Sejukkan.

Bahan B:
2 cawan tepung pulut
1 cawan air
garam secukup rasa
2 jenis pewarna 

1.  Gaulkan tepung pulut, garam dan masukkan air sikit-sikit sambil diuli menjadi doh.  Bahagi doh kepada dua bahagian dan warnakan ikut warna yang disukai. 



2.  Bahagi setiap warna doh itu kepada 14 bahagian.  Setiap doh itu dimasukkan inti kelapa dan dibulatkan semula.  Ketepikan.

Bahan C:
1 cawan tepung beras
4 cawan santan pekat
2 st garam
2 helai daun pandan
daun pisang secukupnya

1.  Masukkan tepung beras, santan dan garam dalam periuk.  Kacaukan hingga tepung larut dan tidak bergentel.  

2.  Lepas itu masak dengan api sederhana hingga adunan menjadi likat dan berkilat.  Semasa adunan itu hampir likat masukkan daun pandan.  Bila adunan dah nampak berkilat, tutup api. 

3.  Daun pisang dipotong 6"x7".  Lap dan layurkan atas api supaya lembut.  



4.  Ambil sehelai daun pisang dan letakkan 1sb adunan tepung beras yang dimasak tadi.  Lepas itu letakkan 2 biji bebola yang berisi inti kelapa tadi dan tutupkan di atasnya dengan 1 sb lagi adunan tepung beras tadi.  Kemudian lipatkan daun pisang itu.

5.  Susunkan bungkusan kuih itu ke dalam periuk kukus yang sedang mendidih airnya dan kukuskan hingga masak.  Sejukkan kuih itu.  





No comments:

Post a Comment