Monday, November 27, 2017

Cucur Udang




Bahan A :
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung beras
1 1/2 sb tepung jagung
secubit baking powder
1 biji telur
1 cawan air suam
1/2 st yeast
1/2 st gula pasir
1/4 st serbuk kunyit
1/2 st garam

Bahan B :
10 ekor udang besar
sedikit daun kucai - potong 2" 
500 ml minyak untuk menggoreng

Bahan C untuk sos :
3/4 cawan cili kering kisar
3 ulas bawang putih - ditumbuk
1 sb gula pasir
1 cawan air + 1 st asam jawa
garam secukup rasa


1.  Campurkan semua bahan A dan digaul hingga sebati.  Masukkan daun kucai.  Jangan risau sekiranya adunan itu agak cair.  Perapkan 1-2 jam ia akan mula memekat dan adunan akan kelihatan berbuih.



2.  Panaskan minyak dalam kuali.  Sambil itu rendamkan senduk yang akan digunakan untuk memasak cucur itu di dalam minyak panas itu hingga senduk itu benar-benar panas.



3.  Letakkan sedikit minyak di dalam senduk itu dan masukkan adunan.  Letakkan 1 atau 2 ekor udang di atas adunan itu.  Masukkan senduk itu separas minyak panas sehingga bahagian atas cucur itu mula masak sedikit.  Kemudian barulah ditenggelamkan senduk itu.  Biarkan sehingga cucur itu boleh dikeluarkan dari senduk itu.  Gorengkan hingga garing.



4.  Satukan semua bahan sos dan masak hingga mendidih.  Hidangkan bersama cucur udang yang telah dipotong-potong.





No comments:

Post a Comment