Bahan A :
1 biji telur
1/2 cawan gula halus
1 cawan santan
1 cawan tepung gandum
1. Telur dipukul sedikit.
2. Campur gula, santan dan tepung gandum. Masuk telur dan pukul hingga sebati.
Bahan B :
1/2 cawan santan
1/2 cawan air pandan
1/4 cawan gula halus
1/4 cawan tepung jagung
1/4 st garam
1 st pewarna hijau
1. Satukan air pandan dan santan.
2. Masuk gula, tepung jagung, garam dan pewarna hijau.
3. Masak hingga likat. Kemudian masukkan adunan A. Gaul hingga sebati.
Bahan C :
1 cawan santan pekat
1 sb tepung gandum
1/2 st garam
1. Satukan semua bahan dan masak hingga pekat.
Untuk menyediakan kuih :
1. Sapu acuan kuih lompang dengan sedikit minyak.
2. Tuang adunan hijau 3/4 penuh acuan. Kemudian tuangkan adunan C di bahagian tengah. Kukus 10 minit.
No comments:
Post a Comment