Bahan A :
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan santan pekat
1 biji telur
1 st minyak masak
1 1/2 cawan air pandan
1/4 st garam
sedikit pewarna hijau
Bahan B :
1 helai daun pandan - diikat pendek
sedikit minyak masak
Bahan C :
gula pasir secukupnya
1. Satukan semua bahan A dan dipukul dengan whisk sehingga adunan sebati. Tapiskan.
2. Sapukan acuan dengan minyak masak menggunakan daun pandan yang diikat itu. Minyak itu jangan banyak sangat. Panaskan acuan itu di atas api dapur gas sehingga minyak itu panas.
3. Kemudian masukkan adunan ke dalam acuan itu.
4. Biarkan sekejap dan masukkan sedikit gula pasir di bahagian tengah kuih itu.
5. Lepas itu tutupkan atas acuan itu dengan tudung periuk dan biarkan sekejap hingga kuih masak.
Kuih ni lagi sedap makan masa masih hangat. Terasa kegaringannya.
No comments:
Post a Comment