Bahan A:
100 gm walnut cincang
1 st butter
2 sb gula perang
1/2 biji putih telur
1. Campurkan semua bahan dan digaul rata.
Bahan B :
320 gm tepung gandum
110 gm butter
1 st baking powder
1/2 st serbuk kunyit
2 sb gula icing
1 st esen vanila
1/4 st garam
Bahan C :
1 biji kuning telur
130 gm sour cream
1. Campurkan semua bahan B.
2. Gaul dan ramas hingga boleh dikepal.
3. Kemudian masukkan bahan C. Gaul rata hingga menjadi doh yang lembut. Tutup doh dengan kain lembap dan biarkan dalam 30 minit.
4. Lepas itu bahagi doh kepada bebola sekitar 40 gm sebiji.
5. Ambil sebiji bebola itu dan canai dalam 4-5" diameter. Potong sedikit seperti dalam gambar.
6. Letakkan 1 sb inti walnut tadi (bahan A) dan letak atas doh tadi. Kemudian gulungkan bentuk segitiga. Tengok gambar. Kemaskan bentuknya. Buat hingga habis.
7. Susun dalam dulang pembakar yang telah dialas dengan baking paper. Bakar pada suhu 180C selama 15-20 minit.
8. Bila hendak dihidangkan, taburkan sedikit gula icing di atasnya.
No comments:
Post a Comment