200 gm tepung pulut
80 gm gula halus
200 ml air
1 sb minyak masak
30 gm tepung sagu
1 helai daun pandan
Inti kacang merah secukupnya
1. Satukan tepung pulut, gula halus dan air. Gaulkan hingga sebati.
2. Masukkan minyak masak dan gaulkan sedikit saja. Jangan sampai sebati. Biarkan saje jika ada kelihatan minyak yang tidak bergaul rata.
3. Sapukan minyak dalam bekas atau loyang dan tuangkan adunan tadi dalam bekas atau loyang itu. Kukus adunan itu hingga masak.
4. Sementara itu, sangai sekejap tepung sagu dengan daun pandan.
5. Taburkan tepung sagu itu pada tempat mencanai.
6. Kemudian apabila adunan yang dikukus itu masak, terus tuangkan atas tepung sagu tadi. Ulikan sedikit adunan itu. Kalau hendak letak pewarna, gaulkan sebelum adunan itu disalut dengan tepung sagu.
7. Potong sedikit adunan dan leperkan sedikit. Saiz ikut suka.
8. Letakkan inti kacang merah. Inti kacang merah tu boleh dibeli di kedai bakery atau dibuat sendiri. Cantumkan kembali adunan itu bentuk bulat. Bersihkan sedikit tepung sagu yang melekat di permukaan mochi itu dan boleh dihidangkan.
No comments:
Post a Comment