Tuesday, July 6, 2021

Kuih Bakul Kapit Keledek Goreng



Kuih Bakul ni boleh didapati masa perayaan tahun baru cina.  Dan kuih bakul ni boleh tahan lama jika disimpan dalam peti sejuk.
Selain dimakan begitu sahaja, kuih bakul ni boleh digoreng salut tepung begitu sahaja atau dikapit dengan keledek.

1 biji Kuih Bakul
1 biji keledek
1 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung beras
1/4 st air kapur
air secukupnya
garam secukup rasa

1.  Kuih Bakul dipotong 4 segi.  

2.  Keledek dipotong ikut lebih kurang saiz kuih bakul tu.  Samada nak potong bulat atau 4 segi pun boleh.

3.  Tepung gandum, tepung beras, air kapur, serbuk kunyit dan garam digaul.

4.  Masuk air sedikit demi sedikit sambil digaul hingga menjadi beter yang boleh menyalut keledek itu nanti.

5.  Ambil sekeping kuih bakul dikapitkan dengan 2 keping keledek.  Celup dalam beter tadi dan goreng dalam minyak panas hingga garing kekuningan.  Toskan.


Haaa...dah macam cheese rupanya bila makan kuih bakul ni masa digigit.  Memang sangat sedap kuih ni.

Untuk pengetahuan korang, dodol juga boleh digoreng dengan cara yang sama tapi kena guna dodol yang keras yang cantik dipotong.

Zaman sekarang dah susah nak jumpa dodol yang dimasak keras yang boleh dipotong cantik sebab penat nak mengacau dodol macam ni.  Memang liat masa nak mengacau.  Trend sekarang semua jenis dodol cair.  Kalau jumpa dodol keras, bolehlah digoreng macam ni.  


No comments:

Post a Comment