Doh A :
380 gm tepung gandum
1 st gula pasir
1/2 st garam
30 gm butter
3 sb minyak masak
3/4 cawan air
1. Satukan tepung gandum, gula pasir, garam, butter dan minyak. Gaul dan ramas hingga berderai.
2. Kemudian masukkan air sedikit demi sedikit sambil diuli hingga menjadi sebiji doh.
3. Bahagi doh itu kepada 8 bahagian. Bulat-bulatkan dan ketepikan. Tutup doh dengan kain lembab.
Doh B :
180 gm tepung gandum
10 sb minyak masak
1. Satukan tepung gandum dan minyak masak sedikit demi sedikit sambil diuli hingga menjadi doh.
2. Bahagi doh kepada 8 bahagian. Bulat-bulatkan dan ketepikan.
Cara membentuk kulit karipap:
1. Ambil sebiji doh A. Leperkan sedikit dan masukkan sebiji doh B ditengahnya. Bulatkan semula. Buat hingga habis kesemua 8 biji doh itu.
Cara membuat inti :
200 gm kentang - didadu kecil
200 gm daging cincang
1 batang carrot - didadu kecil
1 biji bawang besar - didadu kecil
2 pokok daun bawang - dihiris
1 pokok daun sup - dihiris
6 biji buah pelaga
1 cawan air rebusan ayam/daging
2 sb minyak untuk menumis
sedikit serbuk lada sulah
garam secukup rasa
1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar serta buah pelaga hingga naik bau.
2. Masukkan kentang, daging, carrot dan air rebusan ayam/daging.
3. Bila semua telah empuk, masukkan lada sulah, garam, daun bawang dan daun sup. Gaul-gaulkan dan tutup api. Sejukkan.
No comments:
Post a Comment