Monday, February 13, 2012

Sambal Tumis Belimbing Buluh




8 biji buah belimbing buluh
1 cawan cili kisar
1 biji bawang besar - dihiris
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 sb belacan
1/3 cawan air
garam secukup rasa
1/2 cawan minyak untuk menumis


1.  Buah belimbing dibelah dua atau tiga.  

2.  Bawang merah, bawang putih dan belacan ditumbuk.

3.  Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk hingga naik bau.
   

4.  Kemudian masukkan cili kisar dan tumis hingga garing dan pecah minyak.

5.  Lepas itu masukkan air, garam dan belimbing buluh.  

6.  Bila sambal dah mula mendidih, masukkan bawang besar dan masak lagi hingga pecah minyak.   Jika sambal menjadi kering semasa menunggu proses pecah minyak, masukkan sedikit lagi air. Masaklah hingga sambal pecah minyak dan pekat sedikit.
     




No comments:

Post a Comment