Bahan untuk lapisan bawah :
1 cawan tepung beras1 cawan gula pasir
5 cawan air
4 helai daun pandan
1 st kapur sirih
Cara membuatnya lapisan bawah :
1. Daun pandan dikisar dengan 1 cawan air dari 5 cawan air tadi.
Tapis.
2. Tepung beras, air pandan, air kapur sirih dan gula digaul hingga sebati. Masukkan sedikit pewarna hijau untuk dapatkan warna hijau yang lebih menarik.
3. Kemudian dimasak atas api yang kecil dan dimasak hingga likat dan berkilat. Masukkan juga sehelai daun pandan supaya lebih wangi. Proses ini memerlukan kita mengacau adunan ini tanpa henti agar ia tidak berketul. Masak hingga adunan itu tidak menitik bila whisk atau senduk diangkat.
Bahan untuk lapisan atas :
4 cawan santan
1/2 cawan tepung beras
1 st garam
Cara membuatnya lapisan bawah:
1. Campurkan santan, tepung beras dan garam dalam periuk. Gaul rata hingga tidak ada tepung yang bergentel.
2. Kemudian dimasak atas api sederhana sambil dikacau selalu hingga likat dan berkilat. Masukkan juga sehelai daun pandan supaya lebih wangi. Tutup api.
3. Masukkan sedikit adunan itu ke dalam acuan tepung pelita guna daun pisang atau daun pandan. Selain itu boleh gunakan mangkuk-mangkuk kecil. Biarkan sejuk.
Bahan untuk lapisan atas :
4 cawan santan
1/2 cawan tepung beras
1 st garam
1. Masukkan santan, tepung beras dan garam ke dalam periuk. Gaul dulu hingga tiada tepung yang bergentel. Sukatan garam itu boleh ikut citarasa masing-masing.
2. Lepas itu masakkan ia atas api sederhana hingga likat dan berkilat.
3. Masukkan sedikit adunan itu diatas lapisan hijau tadi. Biarkan ia sejuk.
No comments:
Post a Comment