Masakan yang bergoreng memang digemari.
Kalau kepala dah jam tak tau nak masak apa
Maka Nasi Goreng adalah jalan penyelesaian
Ia mengenyangkan.
Bahan-bahan buat nasi goreng
boleh ikut apa aje bahan sesuai yang ada depan mata
Nasi putih yang berlebihan jangan dibuang
Simpan dalam peti ais
1 mangkuk nasi putih - dari 1 cawan beras yang dimasak
1/2 tin sardin (saiz kecil)
4 ulas bawang merah - ditumbuk kasar
3 ulas bawang putih - ditumbuk kasar
2 sb cili kisar
6 biji fish ball - dibelah 2
1 biji capsicum hijau - dipotong besar
1 tangkai cili merah - dihiris
daun bawang/sadri - dihiris
garam secukup rasa
1. Tumis bawang hingga naik bau.
2. Masuk cili kisar dan fish ball. Tumis lagi.
3. Bila hampir garing, masukkan ikan sardin yang telah dihancurkan bersama sosnya sekali.
4. Kemudian masuk nasi sejuk yang telah dihancurkan supaya tidak berketul-ketul.
5. Akhir sekali masukkan garam dan capsicum. Boleh juga dimasukkan capsicum itu semasa menumis cili tapi aku lebih suka masuk terakhir supaya tidak terlalu lembik. Masak lagi sambil digaul hingga rata. Tutup api.
6. Masa menghidang, taburkan cili merah, daun bawang/daun sadri.
No comments:
Post a Comment