Friday, February 24, 2012

Pau Ros


Semasa membelek-belek blog azlita aziz tempohari, terpesona aku dibuatnya dengan Pau Ros yang dibuat oleh azlita.  Kebetulan aku pun ada beli keledek unggu atau juga disebut sebagai keledek jepun (kalau tak silap aku lah). 


Jadi selepas buat kuih keria unggu, keledek lecek yang lebih tu aku bawa balik Melaka sebab aku akan berada di kampung di Melaka selama 4 hari.  Kat kampunglah aku buat pau yang dibuat oleh azlita tu.  Yessssss, memang sedap pau ni.  Aku buat tanpa inti sebab aku teringat azlita kata blogger asal yang buat pau ni tanpa inti dan sikit aku sapukan dengan jem.  Kak Leha pulak kata keledek unggu ni manis.  

Keledek unggu ni memang manis dan walaupun pau ros tu tak de inti, tetap sedap.  Cuma cucu aku, Gurl, dia tak suka sebab tak de inti.  Disebabkan kami semua nak keluar, jadi pau ros tanpa inti untuk minum petang tu masih ada baki.  Kami hanya simpan dalam tupperware dan biarkan aje atas meja.  

Pada esok petangnya, aku cubalah tengok kot-kot elok lagi kah pau tu.  Huhuhu....pau tu masih elok dan masih lembut lagi.  Aku pun siatkan sikit pau tu dan sapu dengan jem kaya.  Heh sedap.  Aku pun settlekan pau tu dengan cucu sorang lagi, Boy.  Dia suka.  Bila tinggal sebiji, aku saje lawa kat Gurl...dengan pantas dia kata tak sedap.  Tetiba sedang kami semua sedang sibuk berbual, aku terpandang Gurl tengah dok makan pau tu dengan jem kaya sampai habis.  Bila aku perli dia, tersengih-sengih dia sambil menghabiskan pau tu ....terkulat-kulat macam nak lagi...hehehe.  Tu lah, lain kali rasa dulu...kan dah tak cukup.  



Ini adalah bahan dan cara yang aku gunakan.

1 cawan keledek unggu - dikukus dan dilecek halus
1/2 cawan air suam
250 gm tepung pau
1/2 st baking powder
1/4 cawan gula pasir kasar
2 sb minyak
1 sb yeast segera
sedikit garam
jem kaya secukupnya

1.  Satukan separuh air suam tu bersama yeast dan sesudu dari 50 gm gula itu.  Biar hingga campuran yeast itu berbuih dalam lebih kurang 5-10 minit.  Jika tidak berbuih, buat lain.

2.  Kemudian campurkan semua bahan dan uli hingga menjadi doh yang lembut.



3.  Tutup doh itu dengan kain lembut atau wrapping plastik dan biarkan doh itu selama 1/2 jam agar ia naik kembang.



4.  Kemudian tumbukkan doh itu supaya keluar angin.

5.  Lepas tu, bulat-bulatkan doh seberat 15 gm setiap satu dan
dicanai nipis setiap doh.  Kalau nak lebih kecil, gunakan 10gm sahaja.  Sebiji pau atau sekuntum ros perlukan 6 keping doh yang telah dicanai dan disusun bertindih separuh dari setiap kepingan doh.  Kalau nak ros yang  kecil sedikit, boleh guna 5 keping aje.



6.  Kalau nak buat pau tanpa inti, potong dua dan susun dalam periuk kukus.  Boleh juga dialas dengan paper cup atau daun pisang atau baking paper yang dipotong kecil. 

7.  Kalau nak yang ada inti, hanya sapukan dua baris jem kaya di atas canaian doh tadi.  Bahagian tengah canaian doh tu biarkan kosong.  Kemudian digulung dan dipotong dua.  Letak atas paper-cup setiap kuntum pau dan dikukus lebih kurang 10 minit atau hingga masak.




Adunan ni boleh dapat 12 kuntum pau ros.





No comments:

Post a Comment