300 gm sayur pucuk manis
200 gm ubi keledek
2 batang serai
2-3 helai daun limau purut
3 cawan air
1 sb asam jawa
garam secukup rasa
Bahan tumbuk/kisar :
3 ulas bawang merah - ditumbuk
4 ulas bawang putih - ditumbuk
2sb cili kisar
1" kunyit hidup
sedikit belacan
1. Daun pucuk manis dilurutkan dari tangkai-tangkainya. Keledek dipotong-potong, direbus hingga empuk dan toskan. Serai dititik. Asam jawa diperah dengan sedikit air.
2. Masuk bahan tumbuk/kisar, air, air asam jawa dan serai ke dalam periuk. Masak hingga mendidih.
3. Kemudian masukkan sayur pucuk manis dan masak lagi hingga sayur masak.
4. Akhir sekali masukkan keledek, daun limau purut dan garam. Tutup api.
Jikalau tiada serai dan daun limau purut pun tak apa. Aku sukakan aroma dua bahan ni yang boleh buatkan kuah tu lebih menyelerakan lagi. Lawankan pula dengan ikan masin goreng.
No comments:
Post a Comment