Kalau nak buat nasi goreng tapi tak kecukupan bahan-bahan, jangan risau. Kita masih boleh buat nasi goreng yang sedap.
1 mangkuk nasi sejuk - dari 1 cawan beras yg dimasak nasi biasa
6 ulas bawang putih - ditumbuk
1" halia - ditumbuk
3 ulas bawang putih - dicincang
1 biji cili merah - dihiris
1 tangkai daun bawang - dihiris
garam secukup rasa
Bahan-bahan tambahan yang boleh digunakan ikut suka :
1/4 cawan ikan bilis goreng
3-4 helai daun limau purut
2 biji telur
1. Panaskan minyak dan gorengkan bawang putih cincang hingga kekuningan. Toskan dan ketepikan.
2. Bekas minyak menggoreng bawang tadi di goreng pula bahan tumbuk dan cili merah hingga naik bau.
3. Pecahkan telur ke dalamnya dan dibiarkan seketika. Lepas itu gaulkan telur itu bersatu dengan bawang dan cili itu.
4. Kemudian masukkan nasi sejuk. Gaul rata sehingga nasi tidak berketul-ketul.
5. Akhir sekali masuk garam dan daun limau purut. Gaulkan dan biarkan seketika. Tutup api.
6. Masa menghidang, taburkan bawang putih goreng, ikan bilis goreng dan daun bawang.
No comments:
Post a Comment