Seingat akulah kan, lama betullah aku tak ambil cuti weekend. Tetiba..Intan call suruh juga aku ambil cuti Sabtu & Ahad. Diorang ni memang dah tahu jawapan aku. Mulalah macam-macam digorengnya aku. Cair juga aku akhirnya dan mulalah mencari staf lain untuk cover aku. Nasib baik dapat.
21/01/2012
Sabtu aku masih bekerja dan lepas pukul 1pm terus menuju ke PD dengan ogy. Sekali lagi nasib baik, jalanraya clear....tak jam.
Bila kami tiba, kak eton tengah busy prepare BBQ malam tu. Sebelum berbbq, kami sempat mandi-manda di pantai dulu. Ombak agak kuat, tapi sebab kami memilih di bahagian teluk maka agak selamatlah jugak untuk bebudak tu semua berenang. Terjerit-jerit memasing bila diri memasing dihempas ombak.
22/01/2012
Lebih kurang 4pm, kami bercadang mandi-manda sekali lagi di pantai. Tapi sebelum tu kami semua bercadang nak ke Rumah Api Tanjung Tuan. Melintau (bahasa org melaka) kami mencari pintu masuk tak jumpa. Terpaksalah tanya orang. Tempat ni macam nak tak nak aje diorang expose. Gate pulak ditutup walaupun sebenarnya dibuka kepada pelawat.
Bayaran masuk RM1.00 seorang. Group pertama kami tiba seramai 15 orang. Punyalah excited nak pergi rumah api....daki punya daki pun tak sampai2 jugak...fulamak...aiiii...jauhnya. Diorang ni patut sediakan buggy. Bayar mahal sikitpun tak apa. Kalau tak, hotel yang berdekatan pun boleh buat tied-up dengan pengurusan rumah api untuk kesenangan pelancung.
Masa dok tengah tercungap-cungap mendaki tu, tetiba kami ternampak sign-board tentang lokasi "tapak kaki hang tuah". Excited lagi....kami semua nak tengok tempat tu. Masa ni kami berlima aje...yang lain semua dah jauh tertinggal di belakang.
Kami bertujuh pun masuk meredah denai hutan
nak ke tapak kaki hang tuah tu.
Dah rasa jauh ke dalam hutan...gelap....sunyi...
TAKUT pun ada waktu tu.
Jumpa pula "Perigi Belanda".
(maknanya Belanda pernah sampai di sini)
Sempatlah bergambar.
Belakang mereka tu lah dinding "Perigi Belanda".
Menyeramkan juga tempat ni.
Masa tu terfikir2 apa ler yang ada kat dalam perigi tu...errrkkkk.
Dah lebih 350m pun tak jumpa2. Kami dah menurun bukit. Weiiii...memang takutlah kalau jalan sorang. Hanya kami bertujuh aje yang ke situ. Kami dah mula rasa nak patah balik. Tapi Sofi pulak kata "rugilah, ada 7 perigi". Entah mana dia tau ada 7 perigi...hanya dia aje yang tau.. Akibat teruja dengar ada 7 perigi, zul pulak kata "alang-alang seluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan". Ewah..ewah...budak ni. Aku, Nor dan Ana memang dah penat giler. Dalam pada kata nak patah balik tu, kami teruskan juga. Kami terpaksa menurun bukit menapak jauh ke dalam hutan. Hampir 1 jam lah jugak kami kat dalam hutan tu. Berani-berani takut aje. Tetiba kami tiba di tepi pantai yang cukup cantik pandangan dan lokasinya. Sampai di situ, kami dah mati akal sebab tak ada sebarang penanda pun tentang tapak kaki hang tuah. Semasa terpinga-pinga di situlah kami terserempak dengan sekumpulan manusia berpakaian serba-hitam. Ada orang dewasa dan kanak-kanak. Ada beberapa orang yang sedang mandi bunga di sebuah perigi tua di situ. Mereka seperti tidak suka dengan kedatangan kami. Aku dan Sofi bertanya pada mereka di manakah tapak kaki hang tuah. Mereka mengatakan tidak tahu. Kami semua tertanya-tanya juga kumpulan apakah ini. Janganlah kami dipengapakan di sini. Nak kata dorang macam kumpulan ajaran sesat pun boleh jugak.
Kecewa yang amat sangatlah kami sebab kami memang teramat-amat penat mencari lokasinya tapi bila sampai di kawasan mati ini, tak dapat apa-apa pulak. Tapi kami sempatlah bergambar dengan tergesa-gesa sebab pemandangan sekitar laut di situ memang cantik. Kemudian kami cepat-cepat beredar sebab hari pun dah semakin gelap.
Masa mendaki balik ni lah, segala peluh jantan semua dah keluar. Memang ADVENTURE lah kalau dirancang tapi memang cari penyakitlah pada kami yang tak sangka akan jadi macam ni. Kalau nak buat jungle-trekking memang sesuai sesangat ar.
Bila sampai di simpang kami masuk tadi, kami berkira2 nak balik aje tapi Sofi dan Zul ajak juga teruskan ke Rumah Api. Maka mendakilah lagi kami...
Sampai-sampai....yang lain-lain semua dah menunggu di kaki tangga Rumah Api. MEMANG HAMPEH betullah tempat ni. Tak dibenarkan masuk pun. Macam-macam cerita menarik kami dengar sebelum-sebelum ni tentang Rumah Api ni tapi bila dah sampai kami hanya boleh keliling luar pagar Rumah Api aje. Akhirnya aku dengan Sofi aje yang mendaki tangga pulak ke puncak sebab nak tengok sangat. Memang cantiklah dapat tengok laut yang luas terbentang.
Di atas puncak aku terdengar ada beberapa orang mat salleh yang merungut sebab tak berbaloi hanya dapat tengok ini aje dengan kepenatan yang terpaksa dirasai. Aku setuju sesangat dengan mat salleh tu. Patutnya penjual tiket tu perlu diberi KURSUS supaya memberi penerangan sedikit kepada pengunjung sebelum membeli tiket. So, takdelah orang macam Abang Din dan Kak Eton tu mendaki sikit aje dah tak
larat dan terpaksa turun balik. Semasa di kaki kaki rumah api ni lah penjual air kelapa tu kata bekas tapak kaki hang tuah tu berada di atas batu betul2 sebelah perigi lama yang kumpulan baju hitam tu mandi bunga. Bengang betullah...bila kita tanya dorang tadi, dia boleh kata dia tak tahu. Dia orang tu tak nak kami menganggu upacara mereka ler tu.
Lepas tu kami semua turun bukit dan dah senja jugaklah budak-budak ni semua pi berenang di pantai. Sebab masing-masing dah berpeluh dan badan dah melekit-lekit.
Bila tiba di rumah semua dah lepak. Rehat sekejap. Pukul 12malam si Nor ngan Zul ajak pulak bebudak ni pi karaoke sampai 2 pagi. Aku tak pergi sebab dah penat.
23/01/2012
Kami berkemas-kemas nak balik.
Aku dan Ogy nak balik KL terus sebab aku kerja petang ni. Yang lain-lain balik Melaka dulu sebelum balik KL. Sebelum balik kami ramai-ramai pi lunch kat satu kedai kat Teluk Kemang ni (kedai makan biasa-biasa aje).
Lauk yang kami order :
Ikan siakap 3 rasa
Kailan ikan masin (piring sederhana)
Tom Yam Campur (mangkuk sederhana)
Sotong goreng tepung (itupun sotong dahlah kecil pas tu dicampur dgn udang kecil2 pulak)
Nasi putih (25 pinggan)
Telur Dadar
Air Sirap.
Semua 5 set
Adalah tambah 2 piring kecil ayam masak kicap (tapi dicampur daging...ada ke macam ni) dan
1 mangkuk kecil Sup Sayur.
1 gelas teh o tanpa gula
Nak tahu berapa tauke tu caj???????
RM633.00.....
Mak aii.
Macamlah kami ni tak pernah makan di restoran...dan aku pun dah selalu organize event tapi yang ni memang aku rasa mahal.
No comments:
Post a Comment