Tuesday, January 17, 2012

Wajik



500 gm beras pulut
160 gm gula pasir
160 gm gula merah/gula melaka
250 ml santan + secubit garam
2 helai daun pandan


1.  Rendam beras pulut semalaman.  Kemudian toskan.  Kukus pulut dengan 1 helai daun pandan sehingga masak. 




2.  Gula merah/gula melaka, gula pasir, air dan 1 helai daun pandan dimasukkan dalam periuk.  Masak hingga gula larut.  Tapiskan.
3.  Masukkan semula air gula itu ke dalam periuk dan masukkan santan.  Masak hingga pekat berkaramel.  Gunakan api kecil.
4.  Akhir sekali masuk pulut dan kacau hingga sebati dan berkilat.  Jangan biarkan sampai ganting (kering) nanti wajik tidak lembut.

Mengukus pulut ni nampak macam mudah tapi jika tak kena caranya, pulut akan keras walaupun nampak macam dah masak. 
Semasa dalam proses mengukus tu, pulut tu perlu dibalik-balikkan sambil tu direnjiskan dengan sedikit air.  Kalau tak betul-betul lembut, pulut tu akan keras bila sejuk dan warnanya akan kekuningan.



5.  Alas loyang dengan daun pisang dan masukkan pulut wajik tadi.  Tekankan sedikit dengan daun pisang supaya rata.  Bila sejuk, bolehlah dipotong wajik itu.  






No comments:

Post a Comment