Hari tu aku balik Melaka 3 hari selepas kerja tanpa henti dekat sebulan. Dah letih giler. Dapur pun sejak beberapa hari ni dah tak berasap. Tak de masa nak masak. Tiap kali berangan nak masak itu-ini, semuanya tak jadi.
Cuti ni pun dapat apply mengejut aje. Akhirnya beberapa jam sebelum bertolak, sempatlah otak aku terfikir nak buat Kek Alunan Kasih untuk aku bawa balik kampung. Alhamdulillah, sempat tu. Kakak ipar aku kata sedap kek tu... tq lah pada pencipta kek tu (tak ingat sape).
Di Melaka pulak lain pulak busy aku.
Tapi enjoy lah.
Dapat jumpa semua sweetheart aku di sana.
Terhibur aku dengan gelagat Gurl dengan Boy.
Lepas rehat sekejap, si Boy dah ajak aku pi Mahkota Parade, suruh aku beli Skate-Board. Malangnya kat Melaka ni tak ada dijual.
Dipesannya aku supaya cari di KL nanti.
Laaaa...konon nak load gambar kat sini. Banyak tu tapi apa kena tah dgn phone aku ni.
Yang tinggal pun gambar masa main bowling aje di MITC.....
Kami beli 2 round. Si Nor plak kata sape menang, kena belanja. Aku kata aku bukan terer pun main bowling ni. Masa round pertama Gurl menang dan dia kata nak belanja kami Pizza Hut. Pandai gak budak ni main bowling. So confident habislah dia menang. Tup tup ... round kedua aku plak yang menang brapa point aje dari Gurl...
Hmmm...aku kena belanja lah ni.
Akhirnya, sebab dah penat, malas nak fikir....kami makan di sebuah restoran nyonya (tak ingat plak aku apa nama restoran tu). Tiba2 ada plak orang lain yang nak tolong bayar...hehehe selamat duit aku...hahaha.
Sebelum balik KL kami semua sempat lah dinner di rumah Abang Rahman.
Abang Ibrahim belikan aku periuk kukus, masa dia pergi Thailand minggu lepas.
Kak Leha pulak bekalkan aku buah cempedak, mangga
dan
buah NAM-NAM. huuhh....sedap buah ni...susah nak dapat sekarang ni.
No comments:
Post a Comment