Terima kasihlah pada pencipta resipi yang sedap ni.
Aku tak ingat pulak di mana aku ambil resipi ni.
Bahan A :
250 gm cream cheese
60 gm gula halus
1 biji telur
25ml air
1 sb tepung gandum
Bahan B :
2 biji telur
1 cawan gula halus
1 st vanila
2 sb serbuk koko + 1/2 cawan air panas
1/2 cawan susu cair
1/2 cawan minyak jagung
1 cawan tepung gandum
1 st baking soda
1/2 st baking powder
Cara mengadun Bahan A :
1. Pukul cream cheese dan gula.
2. Masuk telur diikuti dengan air dan tepung gandum
dan ketepikan.
Cara mengadun Bahan B :
1. Pukul telur dan gula hingga kembang.
2. Masuk esen vanila, garam dan bancuhan koko tadi.
3. Seterusnya masukkan, susu dan minyak. Gaulkan supaya sebati.
4. Masukkan pula tepung gandum, baking soda dan baking powder. Adun rata.
5. Biarkan adunan seketika dan bahagi kepada 2 bahagian.
6. Masukkan sebahagian adunan coklat dalam loyang. Kukus 15 minit.
7. Lapiskan pula dengan adunan cream cheese tadi dan kukus lagi 15 minit.
8. Setelah itu tuangkan pula sebahagian lagi adunan coklat dan kukus 20 minit.
No comments:
Post a Comment