Kak Filah yang baru balik dari Turki, beri aku saffron,
herba termahal di dunia.
Mulalah otak aku berputar mengatur menu.
Disebabkan ketiadaan masa yang cukup,
sebagai permulaan aku buatlah
Karak Tea ni.
Dari sumber yang aku dengar,
Karak Tea ni jika dicampurkan dengan saffron
lagi naik aromanya.
Ya, memang benar.
Semasa teh itu dididihkan bersama saffron
Huuuhhh
Memang semerbak baunya
Bersatu dengan teh dan buah pelaga.
Caranya:
2 sb serbuk teh
5 biji buah pelaga
1 st saffron
600 ml air
600 ml air
susu cair
gula
1. Didihkan air.
3. Biar mendidih sekali lagi.
4. Tapis.
Kalau guna susu pekat, tak payah letak gula.
No comments:
Post a Comment