Bila tahun baru cina menjelang aje,
maka adalah buah arrowhead berlambak-lambak dijual.
Dulu memanglah tertanya-tanya buah apalah ni.
Sayur ke buah.
Orang Cina pulak macam berebut-rebut memilih
dan membeli buah ni.
Akhirnya kawan cina aku beritahu buah ni boleh
dibuat keropok yang sedap.
Sekarang ni ada orang Indonesia yang kata buah ni boleh
digoreng dijadikan sayur.
Dan boleh juga dibuat kuah masak lemak.
Interesting je bunyinya.
Tapi hari aku buat keropok dulu.
Selepas dibersihkan kulit luar buah itu, ia perlu disagat nipis.
Aku diberitahu supaya disagat terus ke dalam kuali
tapi aku rasa macam payah aje.
Maka, aku sagat semua dulu sambil direndam dalam air,
toskan dan barulah digoreng dalam minyak yang banyak.
Menyagat buah ni macam agak susah sikit.
Aku terpaksa gunakan pengupas kulit buah.
Dan masa buah tu dah tinggal kecil sikit, aku terpaksa pulak gunakan pisau dan dihiris nipis tapi memang susahlah.
Sakit tangan dibuatnya.
Kalau hirisan tu tebal, ia takkan rangup.
Menyagat buah ni macam agak susah sikit.
Aku terpaksa gunakan pengupas kulit buah.
Sakit tangan dibuatnya.
Kalau hirisan tu tebal, ia takkan rangup.
Dan aku rasa, yang tinggal kecil tu baiklah dibuat sayur aje.
No comments:
Post a Comment