1 ekor ayam
2 biji kelapa
1 liter air
3 helai daun kunyit - dihiris
10 helai daun limau purut
3 sb kerisik
1/2 cawan minyak jika guna kaedah menumis
garam secukup rasa
Bahan kisar :
1 cawan cili kisar
1/4 cawan cili padi
20 ulas bawang merah
7 ulas bawang putih
30 gm kunyit hidup
4" halia
6 batang serai
4" lengkuas / 40 gm
1/4 cawan jintan manis
1/4 cawan ketumbar biji
Memasak rendang ni ada 2 cara. Satu gunakan cara menumis dan satu lagi dimasukkan semua bahan ke dalam kuali besar dan dimasak hingga kering dan naik minyak.
Cara menumisnya:
1. Panaskan minyak dalam kuali besar. Kuali kenalah besar supaya senang nak membalik-balikkan ayam tu. Kelapa parut diperah dengan 1 liter air tadi.
2. Tumiskan bahan kisar dan tumis hingga garing. Barulah dimasukkan santan.
3. Bila santan dah mula mendidih, masukkan ayam dan garam. Masaklah hingga pecah minyak dan pekat kuahnya. Kalau nak rendang yang kering, kena masak lama sikit.
4. Akhir sekali masukkan daun kunyit dan daun limau purut. Biarkan sekejap dalam 10 minit dan tutup api.
No comments:
Post a Comment