Friday, January 6, 2012

Air Belimbing Biji Selasih


Panas bedengkang sungguh cuaca kebelakangan ni.  Dijangkakan sehingga ke raya tahun baru cina, cuaca panas begini akan berlarutan.  

Masa pegi keja pun kalau boleh nak keluar sebelum matahari terbit dan balik setelah matahari terbenam.   Kalaulah cuaca panas macam kat negara arab tu...musim panas, kebanyakkan syarikat bagi cuti.  Tu sebab ada musim arab melambak kat malaysia ni. 

Tak pernah aku buat ais kiub kat rumah....skarang ni terpaksa buat. 

Tetiba timbul ler pulak keinginan nak buat air buah masa nampak buah belimbing kat giant tadi.  Aku pun capailah 1 pack buah belimbing.


 2 biji buah belimbing masak
1 ketul gula batu (ikut manis)
1 st biji selasih
ais kiub

1.  Rendam biji selasih hingga kembang.
2.  Buah belimbing dibuang empulur dan bijinya.  Dipotong dadu.
3.  Masukkan buah belimbing ke dalam blender bersama gula batu.
4.  Blend hingga hancur dan masukkan dalam gelas.
5.  Kemudian masukkan biji selasih tadi bersama ais kiub.

Rasa sejuk masam-manis dan keharuman belimbing tu memang sungguh nyaman air ni.


Gula batu tu kasi ketuk sikit dengan lesung batu supaya kecil-kecil.  Takde lah nanti gedebang-gedebung bunyi blender tu.

Buah belimbing tu pulak, kalau tak suka rasa berhampas, tapis dulu.  Kalau guna blender yang berpenapis tu, lagi senang.

 

No comments:

Post a Comment