Wednesday, February 29, 2012

Biskut Kelapa




1 cawan mentega
1 cawan gula castor
1 biji merah telur
1 cawan kelapa kering
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung sagu
1 cawan tepung beras
1 sb baking powder
1 st esen vanila
1 biji kuning telur
sedikit kacang tanah

1.  Tepung gandum, tepung sagu, tepung beras dan baking powder diayak bersama.  Ketepikan.

2.  Pukul mentega dan gula hingga kembang.

3.  Masukkan merah telur.  Gaul sebati.

4.  Masukkan esen vanila dan kelapa kering.  Gaul lagi hingga sebati.



5.  Akhir sekali masukkan campuran tepung yang telah diayak tadi.  Uli hingga menjadi doh yang lembut.

6.  Canaikan doh di atas papan pencanai dan terap dengan acuan. Jika adunan agak melekat taburkan sedikit tepung gandum.

7.  Susun biskut atas dulang pembakar yang telah disapu dengan mentega.  Sapukan kuning telur dan tabur kacang tanah yang ditumbuk kasar.  Bakar pada suhu 170c selama 15 minit.

8.  Bila biskut telah masak, sejukkan terlebih dahulu barulah disimpan dalam bekas kedap udara.




Tuesday, February 28, 2012

Baby Bok Choy Jr Goreng





300 gm baby bok choy jr
2 ulas bawang putih
1 biji cili merah
2 sb ikan bilis
2 sb minyak untuk menumis
garam secukup rasa

1.  Baby bok choy jr dibelah dua dan rendam dengan air garam. Sambil itu bersihkan celah-celah sayur tu bagi membuang sebarang kotoran.



2.  Bawang putih dicincang dan digoreng hingga kuning dan toskan.  Ikan bilis juga digoreng dan toskan.  Cili merah pula dicincang.

3.  Bekas minyak menggoreng (minyak tak perlu banyak) tadi dimasukkan cili merah dan ditumis hingga sedikit kekuningan.  



4.  Lepas itu susun sayur dalam pan.  Taburkan sedikit garam. Gunakan api yang kuat.  Lepas itu terbalikkan sayur itu.

5.  Bila sayur dah masak, susunkan sayur itu dalam pinggan. Taburkan bawang putih goreng dan ikan bilis goreng.



Sedap makan dengan nasi bario hitam.



Ikan Merah Asam Pedas Daun Kesum





2 keping ikan merah 
5 batang bendi
5 tangkai daun kesum
2 batang serai
2 sb asam jawa
2 cawan air
1/4 cawan minyak untuk menumis
garam secukup rasa

Bahan kisar :
15 tangkai cili kering 
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1" belacan
3" kunyit hidup


1.  Cili kering dipotong pendek, direndam dengan air panas atau direbus hingga kembang.   Bilas dengan air hingga airnya jernih dan toskan.  Kemudian kisarkan bersama bahan-bahan kisar yang lain.

Asam jawa diramas dengan air.  Ketepikan.



2.  Panaskan minyak dan tumis bahan kisar bersama serai hingga garing.

3.  Masukkan air asam jawa, ikan, bendi dan daun kesum.


5.  Akhir sekali masuk garam dan biarkan kuah mendidih.








Sunday, February 26, 2012

Ikan Kerisi Tumis Asam



3 ekor ikan kerisi
1 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
1 biji cili merah
2 biji cili padi hijau
1 keping daun limau purut
1 sb asam jawa
1 cawan air
1/4 cawan minyak
1 sb serbuk kunyit
garam secukup rasa


1.  Ikan kerisi dibersihkan dan digaul dengan garam dan kunyit.  Bawang besar, bawang putih dan cili merah dihiris.  Cili padi dibelah dua.  Asam jawa diramas dengan air.


2.  Panaskan minyak dan goreng ikan hingga garing.  Ketepikan.


3.  Bekas minyak menggoreng ikan itu digunakan untuk menumis bawang besar, bawang putih dan cili merah. 


4.  Bila bawang dah mula layu dan naik bau, masukkan air asam jawa dan garam.  Bila mendidih, masukkan ikan goreng tadi bersama cili padi dan daun limau purut.  Tutup api.



Friday, February 24, 2012

Pau Ros


Semasa membelek-belek blog azlita aziz tempohari, terpesona aku dibuatnya dengan Pau Ros yang dibuat oleh azlita.  Kebetulan aku pun ada beli keledek unggu atau juga disebut sebagai keledek jepun (kalau tak silap aku lah). 


Jadi selepas buat kuih keria unggu, keledek lecek yang lebih tu aku bawa balik Melaka sebab aku akan berada di kampung di Melaka selama 4 hari.  Kat kampunglah aku buat pau yang dibuat oleh azlita tu.  Yessssss, memang sedap pau ni.  Aku buat tanpa inti sebab aku teringat azlita kata blogger asal yang buat pau ni tanpa inti dan sikit aku sapukan dengan jem.  Kak Leha pulak kata keledek unggu ni manis.  

Keledek unggu ni memang manis dan walaupun pau ros tu tak de inti, tetap sedap.  Cuma cucu aku, Gurl, dia tak suka sebab tak de inti.  Disebabkan kami semua nak keluar, jadi pau ros tanpa inti untuk minum petang tu masih ada baki.  Kami hanya simpan dalam tupperware dan biarkan aje atas meja.  

Pada esok petangnya, aku cubalah tengok kot-kot elok lagi kah pau tu.  Huhuhu....pau tu masih elok dan masih lembut lagi.  Aku pun siatkan sikit pau tu dan sapu dengan jem kaya.  Heh sedap.  Aku pun settlekan pau tu dengan cucu sorang lagi, Boy.  Dia suka.  Bila tinggal sebiji, aku saje lawa kat Gurl...dengan pantas dia kata tak sedap.  Tetiba sedang kami semua sedang sibuk berbual, aku terpandang Gurl tengah dok makan pau tu dengan jem kaya sampai habis.  Bila aku perli dia, tersengih-sengih dia sambil menghabiskan pau tu ....terkulat-kulat macam nak lagi...hehehe.  Tu lah, lain kali rasa dulu...kan dah tak cukup.  



Ini adalah bahan dan cara yang aku gunakan.

1 cawan keledek unggu - dikukus dan dilecek halus
1/2 cawan air suam
250 gm tepung pau
1/2 st baking powder
1/4 cawan gula pasir kasar
2 sb minyak
1 sb yeast segera
sedikit garam
jem kaya secukupnya

1.  Satukan separuh air suam tu bersama yeast dan sesudu dari 50 gm gula itu.  Biar hingga campuran yeast itu berbuih dalam lebih kurang 5-10 minit.  Jika tidak berbuih, buat lain.

2.  Kemudian campurkan semua bahan dan uli hingga menjadi doh yang lembut.



3.  Tutup doh itu dengan kain lembut atau wrapping plastik dan biarkan doh itu selama 1/2 jam agar ia naik kembang.



4.  Kemudian tumbukkan doh itu supaya keluar angin.

5.  Lepas tu, bulat-bulatkan doh seberat 15 gm setiap satu dan
dicanai nipis setiap doh.  Kalau nak lebih kecil, gunakan 10gm sahaja.  Sebiji pau atau sekuntum ros perlukan 6 keping doh yang telah dicanai dan disusun bertindih separuh dari setiap kepingan doh.  Kalau nak ros yang  kecil sedikit, boleh guna 5 keping aje.



6.  Kalau nak buat pau tanpa inti, potong dua dan susun dalam periuk kukus.  Boleh juga dialas dengan paper cup atau daun pisang atau baking paper yang dipotong kecil. 

7.  Kalau nak yang ada inti, hanya sapukan dua baris jem kaya di atas canaian doh tadi.  Bahagian tengah canaian doh tu biarkan kosong.  Kemudian digulung dan dipotong dua.  Letak atas paper-cup setiap kuntum pau dan dikukus lebih kurang 10 minit atau hingga masak.




Adunan ni boleh dapat 12 kuntum pau ros.





Thursday, February 23, 2012

Cekodok Geragau Basah


2 cawan geragau basah
1 cawan tepung gandum
1 biji cili merah - dicincang
1 pokok daun sup - dihiris
1/2 biji bawang besar - dipotong dadu
air suam secukupnya
garam

1.  Gaul rata semua bahan dengan air yang secukupnya.
2.  Agak-agak adunan itu boleh dijemputkan.
3.  Masukkan sejemput demi sejemput atau sesudu demi sesudu dalam minyak panas.  Goreng hingga garing.
4.  Makan dengan sos.




Asam Pedas Geragau



Setelah sekian lama aku mengidam nak makan asam pedas geragau, akhirnya tercapailah juga impian aku.  Sewaktu aku sedang melalui Jalan Limbongan tadi, ternampak aku seorang wanita sedang menjual geragau basah.  Huuuu...bestnya.

Ada yang tak tahu apa tu geragau basah dan kegunaannya.  Kalau di Melaka ni, geragau basah adalah bahan utama untuk membuat belacan melaka.  Selain tu, ia sedap di buat Cekodok dan dalam keluarga aku arwah mak aku dulu selalu masak Asam Pedas. 

Maka hajat aku untuk memakan kedua-dua masakan itu menjadi kenyataan.


1 cawan geragau basah
4 helai daun limau purut
1 batang serai - dititik
2 sb asam jawa
2 cawan air
3 sb minyak untuk menumis
garam secukup rasa

Bahan kisar :
4 sb cili kisar
5 ulas bawang merah 
2 ulas bawang putih 
1" kunyit hidup 

1.  Masukkan geragau ke dalam mangkuk berisi air yang banyak.  Buangkan kalau ada kotoran atau ampai-ampai.  Toskan.

2.  Panaskan minyak.  Tumis bahan kisar dan serai hingga garing.

3.  Kemudian masuk geragau bersama air asam jawa.  Masak hingga mendidih.

4.  Akhir sekali masuk garam dan daun limau purut.  Kacau-kacaukan dan tutup api.




Monday, February 20, 2012

Kuih Keria Keledek Unggu



Kali ini aku gunakan keledek unggu untuk buat kuih keria.  Cantik warnanya.  Masalah yang aku selalu hadapi masa buat kuih keria ni ialah nak menyira gulanya.  Nampak macam senang tapi bukan senang ye.  

Tapi aku buatlah juga sebab nak diabadikan di sini.  Secara kebetulan pula aku memang suka makan kuih keria tanpa siranya dan kena makan panas-panas.  Akan terasa garingnya kuih tu.


500 gm keledek unggu
1/2 cawan tepung gandum
garam secukup rasa
1 cawan gula pasir
1/2 cawan air




1.  Bersihkan keledek dan direbus/kukus hingga empuk.   Lebih baik keledek tu dipotong-potong supaya cepat empuk di bahagian dalamnya.  Kemudian keledek tu dilecek.



2.  Campurkan tepung ke dalam keledek bersama sedikit garam.  Uli hingga sebati.



3.  Kemudian dibulat-bulatkan lebih kurang 40 gm sebiji.  Tekan sedikit dan buat lubang ditengahnya.  Buat hingga habis.



4.  Gorengkan kuih tu dan toskan minyaknya.



5.  Campur air dan gula pasir tadi ke dalam kuali dan masak hingga pekat berbusa.  Tutup api.  Masukkan semua keledek ke dalam nya dan gaulkan supaya gula melekat pada kuih tadi.  




Jujur kata, aku memang seriau bila tiba bab ni, hehehe.  Kalau nasib baik, cantiklah sira tu, kalau nasib tak baik, apa nak dikatakan.  







Saturday, February 18, 2012

Ayam Percik



1/2 ekor ayam
3 batang serai - dititik
1 helai daun kunyit
1 cawan santan pekat
1 keping asam keping
3 sb minyak untuk menumis
garam secukup rasa

Bahan kisar :
1/2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1" halia
1" lengkuas
1" kunyit

1.  Lumurkan ayam dengan separuh dari bahan kisar tadi dan perapkan lebih kurang 1/2 jam.


2.  Tumiskan baki bahan kisar tadi hingga naik bau.


3.  Masukkan serai, santan pekat dan daun kunyit. 


4.  Bila mendidih, masukkan asam keping dan garam.
5.  Sambil itu, ambil sedikit kuah ayam percik yang ditumis itu lalu dilumurkan pada ayam.  Manakala kuah selebihnya dimasak lagi hingga kuahnya jadi pekat.  Tutup api.


6.  Panggang ayam atas bara api atau panggang dalam frying pan.  Kuatkan sedikit api semasa memanggang supaya ayam tu masak dan agak garing.


7.  Semasa memanggang tu ambil sedikit lagi kuah ayam percik tadi dan disapukan lagi atas ayam yang sedang dipanggang. 
8.  Semasa menghidang, curahkan kuah selebihnya di atas ayam.



Minuman ini baik untuk perut




1200 ml air
6 batang serai - dititik
3 cm halia - dititik
20 gm gula batu
1 helai daun pandan


1.  Masuk air, serai, halia dan daun pandan dalam periuk.

2.  Kemudian dimasak hingga mendidih.


3.  Masukkan pula gula batu dan renehkan lagi dengan api perlahan lebih kurang 15 minit.

4.  Biarkan suam dan tapis.


Minuman ini sedap diminum jika perut rasa tidak selesa.  Air yang lebih tu boleh disimpan dan hanya perlu dihangatkan semula jika hendak diminum panas.