Mee Suah ni rupanya macam bee hoon dan soun jugak. Cuma ia agak lembut dan agak putih dan tebal sikit.
Mee Suah ini boleh dibuat sup dan dimakan dengan nasi ataupun dibuat macam mee sup sahaja. Mee suah ni mudah menyerap air bila memasaknya. Jadi aku rebus dulu, toskan dan masukkan dalam sup yang telah siap dimasak.
1 keping mee suah
1 biji kentang - potong 4
1 ulas bawang putih - dicincang halus
6 ekor udang
5 biji fish ball - dipotong 2
2 biji tauhu pop - dipotong 4
1 cawan air rebusan ayam/daging
500 ml air
1 pokok daun sup - dihiris
1 biji cili merah - dihiris
sedikit bawang goreng
1 sb minyak menumis
1. Didihkan dalam periuk dan rebus mee suah hingga kembang. Tapi jangan terlalu kembang nanti tak sedap. Toskan dan rendam sekejap dalam air sejuk atau letakkan bawah air paip yang mengalir sampai ia sejuk. Toskan lagi.
2. Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga kekuningan.
3. Masuk kentang, udang, fish ball, tauhu pop dan tumis sekejap.
4. Kemudian masukkan air rebusan ayam/daging, air dan garam. Masak hingga mendidih.
5. Akhir masuk mee suah yang telah direbus tadi. Kacau-kacau sekejap dan tutup api.
6. Bila menghidang, tabur bawang goreng dan daun sup.
No comments:
Post a Comment