Aku masak telur hancur ni ikut tekak aku aje. Aku mesti nak telur tu garing-garing. Tekak aku ni tak boleh masuk telur yang tak garing.
Kat tempat kerja tadi, aku dah ambil heavy food. So, dinner aku ni kena lah yang light-light aje. Kalau nak ikutkan, tak payah makan malam ni pun tak pe...tapi...tekak ni macam nak makan sesuatu.....
Roti dibuang kulit tepinya. Kalau tak nak buang pun tak apa. Sapukan planta pada sebelah permukaan roti. Sebelah lagi biarkan begitu sahaja.
Letak roti itu atas kuali panas dan masak hingga kekuningan. Masak di kedua-dua belah roti. Angkat dan letak atas tray supaya tahan lama sikit kegaringan roti tu.
Cara buat telur goreng hancur
3 biji telur
1 biji bawang besar - di dadu
1 biji cili merah - dicincang
3 sb planta
sedikit serbuk lada sulah
garam secukup rasa
1. Panaskan planta dalam kuali.
2. Tumiskan bawang besar dan cili hingga bawang layu.
3. Pecahkan telur terus ke dalam bawang yang sedang ditumis itu dan dibiarkan seketika.
4. Bila nampak bahagian bawah telur dah hampir masak, gaulkan telur dan bawang itu sehingga telur itu hancur.
5. Masukkan serbuk lada sulah dan garam. Gaul-gaulkan dan angkat. Kalau nak telur tu nampak garing, masaklah lama sedikit.
6. Letakkan telur goreng hancur itu atas sekeping roti dan letakkan sekeping lagi roti di atasnya.
No comments:
Post a Comment