450 gm mee kuning - dicelur
100 gm tauge - dicelur
1 pokok daun sup - dihiris
1 pokok daun bawang - dihiris
5 biji cili padi - dihiris
1 keping tauhu - digoreng dan didadu
3 pokok sawi - dipotong dan dicelur
3 biji buah limau kasturi
1 sb minyak untuk menumis
sedikit bawang goreng
Bahan untuk kuah :
5 ulas bawang putih - ditumbuk
2 sb cili kisar
1 cawan air rebusan ayam
2 cawan air
1 st kicap pekat
2 sb kicap lemak manis
1 st sos tiram
3 biji tauhu pop - dipotong 4
2 keping fish cake - dipotong nipis
6" carrot - dipotong ikut suka
3 biji telur
1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga kekuningan.
2. Masuk cili kisar dan tumis lagi hingga garing.
3. Kemudian masukkan air rebusan ayam, air, kicap pekat, kicap lemak manis, sos tiram, tauhu pop, fish cake dan carrot. Bila kuah dah mula mendidih, pecahkan telur didalamnya. Biarkan kuah itu mendidih. Masakan ini tak perlu masuk garam.
4. Untuk menghidang, letak mee dan tauge dalam pinggan. Tuang kuah diatasnya dan taburkan daun sup, daun bawang, tauhu, cili padi, bawang goreng dan perahkan jus limau.
Isi didalamnya boleh dipelbagaikan ikut suka. Cili padi boleh digantikan dengan cili hijau atau cili merah. Selain telur boleh gunakan udang, daging atau apa saje.
No comments:
Post a Comment