Tuesday, January 11, 2011

Mee Sup




400 gm mee kuning - celur / siram dengan air panas mendidih
100 gm tauge
1 pokok daun bawang
1 pokok daun sup
4 biji cili padi - dihiris
1 keping tauhu - digoreng dan didadu
sedikit bawang goreng


Bahan untuk sup :
4 ulas bawang merah - ditumbuk
3 ulas bawang putih - ditumbuk
3 pokok sawi - dipotong-potong
6" carrot - dipotong ikut suka
1 cawan air rebusan ayam
2 cawan air
3 biji tauhu pop - dipotong 4
1 keping fish cake - dipotong nipis
3-4 biji telur
1 sb minyak untuk menumis
garam secukup rasa


1.  Panasan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih hingga kekuningan.

2.  Masuk carrot, air rebusan ayam dan air.

3.  Bila hampir mendidih, masuk sawi, fish cake, tauhu pop dan garam.  Biar mendidih.

4.  Untuk menghidang, masuk mee kuning dan tauge dalam pinggan.  Tuang sup di atasnya dan taburkan tauhu yang didadu, daun bawang, daun sup, cili padi dan bawang goreng.



Bahan-bahan di dalamnya boleh digunakan apa saje yang menjadi kesukaan.



No comments:

Post a Comment