3 cawan tepung gandum
1 sb yis
1/2 cawan gula
3 sb minyak jagung
1 1/3 cawan air (suam ataupun sejuk pun boleh)
1. Gaul tepung dan yis.
2. Larutkan gula dalam air dan tuangkan separuh dari air gula ke dalam tepung. Gaul perlahan-lahan dengan hujung jari.
3. Masuk pula minyak lalu diuli adunan itu sambil dicampurkan lagi separuh air gula tadi sedikit-sedikit hingga habis.
5. Bulat-bulatkan adunan mengikut saiz yang dikehendaki dan rehatkan lagi 10 minit.
6. Ambil sebiji bebola tadi, leperkan dan masuk inti kelapa. Bulatkan semula dan susun di dalam pengukus.
7. Biarkan lagi pau naik selama 30 minit dan kukus selama 30 minit.
Pau yang telah sejuk boleh dihangatkan semula dalam kukusan.
Nota:
Doh pau itu kenalah tebal sikit. Jika terlalu nipis, tidak akan nampak kegebuan pau itu macam gambar di bawah ini.
Pau yang telah sejuk boleh dihangatkan semula dalam kukusan.
Nota:
Doh pau itu kenalah tebal sikit. Jika terlalu nipis, tidak akan nampak kegebuan pau itu macam gambar di bawah ini.
No comments:
Post a Comment