Saturday, January 1, 2011

Ayam Masak Berempah




1/2 ekor ayam
2 sb kicap pekat
2 batang serai - dititik
1 tangkai daun kari
4 helai daun limau purut
2 keping asam keping
1/3 cawan minyak masak
garam secukup rasa

Bahan kisar :
3 sb cili kisar
10 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 sb jintan manis
1 sb ketumbar
1 st jintan putih
2 batang serai
2" kunyit hidup

1.  Lumur bahan kisar pada ayam bersama dengan kicap pekat.



2.  Panaskan minyak dan goreng ayam bersama bahan perapan hingga agak kering dan mula pecah minyak.



3.  Masuk daun kari, serai dan asam keping. Jika hendak berkuah sedikit, masukkan air dalam 1/2 cawan dan masak lagi hingga pecah minyak.



4.  Akhir sekali masuk garam dan daun limau purut.  Gaul sebentar dan tutup api.





No comments:

Post a Comment