Wednesday, January 19, 2011

Cendawan Goreng



200 gm cendawan tiram
1/2 cawan tepung beras
1 sb tepung sagu
2 sb tepung goreng pisang adabi
1/2 cawan air
1/4 st serbuk kunyit
1/4 st gula pasir
1 st air kapur
2 cawan minyak untuk menggoreng
garam secukup rasa

1.  Basuh cendawan tiram itu dan toskan.  Tekapkan cendawan itu dengan tuala supaya airnya kering.  Jika cendawan itu terlalu besar, koyakkan dua.  Ketepikan.



2.  Campurkan semua jenis tepung, air, serbuk kunyit, gula pasir, air kapur dan garam.  Gaul hingga sebati.  Adunan mestilah tidak terlalu cair atau terlalu pekat.


3.  Panaskan minyak.  Celupkan cendawan ke dalam adunan tepung tadi dan gorengkan hingga garing.

4.  Sedap dimakan dengan sambal kicap.



No comments:

Post a Comment