1 cawan sagu biji (warna putih dan kecil)
1 1/4 cawan kelapa parut putih
200 gm gula melaka (disagat)
garam
daun pisang
1. Rendam sagu biji kira-kira 10-20 minit. Toskan. Daun pisang dipotong 5" di lap dengan kain dan dilayur atas api supaya lembut.
2. Gaulkan sagu tadi bersama kelapa parut dan garam.
3. Daun pisang dibuat kelongsong tigasegi dan masuk 1 sb campuran sagu tadi. Kemudian masuk 1 sb gula merah dan diikuti dengan 1 sb lagi sagu tadi.
4. Lipatkan bungkusan kuih tadi menjadi tigasegi.
5. Kukus 10 minit atau hingga ada wap keluar dari celah tudung kukusan.
No comments:
Post a Comment