Wednesday, December 1, 2010

Kuih Cucur Jawa



Kuih cucur jawa ni nampak aje macam senang....yang sebenarnya hazab jugak nak membuatnya.  Kalau merancang nak buat kuih ni untuk bfast atau minum petang, make sure ada alternative lain, maksud aku mesti ada hidangan lain.  Kot-kot kuih ni tak menjadi, adalah benda lain nak dimakan.

Aku dah banyak kali buat kuih ni.  Pertama kali buat menjadi cantik aje berkerinting, bersarang dan lembut.  Dulu lah masa belum ada blog.   Tapi sekarang selalu aje tak menjadi.  Ada orang kata jenis tepung beras tu yang problem.  Yang hairannya aku tetap gunakan brand dan sukatan yang sama tapi masih tak jadi.  Bentuk dan kerinting ditepinya memang cantik tapi bahagian dalam tak bersarang cantik dan liat serta keras.  

Last-last, aku terpaksa reject resipi lama aku dan aku terjumpa satu resipi lain ntah kat blog siapa dah tak ingat.  Ada lain sikit resipi ni tapi hasilnya, alhamdulillah.  Tapi sukatan gula tu aku dah kurangkan.

Bahan A :
1 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
3/4 cawan air 
secubit garam
1 cawan minyak untuk menggoreng

Bahan B :
50 gm gula merah
1/2 cawan gula pasir
1 cawan air

1.  Masak air dengan gula merah dan gula pasir.  Tapis dan biarkan suam.  Kalau guna gula melaka, warnanya nampak agak pudar berbanding guna gula merah.

2.  Campur tepung beras, tepung gandum dan garam.

3.  Masukkan air gula merah tadi sambil digaul adunan itu.



4.  Kemudian masukkan air sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati.

5.  Perapkan adunan itu lebih kurang 4 jam atau semalaman. 


Abaikanlah rupa kuali kesayangan aku ni..

6.  Panaskan minyak dalam kuali dan masuk 1 senduk adunan ke dalam di tengah kuali.  Biarkan cucur itu masak dibahagian atasnya.  Kemudian barulah diterbalikkan dan akan kelihatan di bahagian tepi cucur itu berkerinting.
     

Goreng sekejap aje asalkan nampak dah masak untuk dapatkan kuih yang lembut. Kalau digoreng lama sangat dan gelap, cucur itu akan menjadi keras.



Kuih cucur ni di bahagian tengahnya tidak garing dan bila makan bahagian dalam kuih nampak macam bersarang.




No comments:

Post a Comment