Wednesday, December 15, 2010

Popia Goreng Inti Kentang




Bahan-bahannya :
Kulit popia secukupnya
1 sb tepung gandum + sedikit air untuk dijadikan sebagai gam


Bahan Inti :
3-4 biji kentang - direbus dan dilecek
1/3 cawan daging cincang
1 pokok daun bawang - dihiris halus
1 biji cili merah - dicincang halus
2 sb bawang goreng 
garam secukup rasa

1.  Gaulkan bersama semua bahan inti hingga sebati. 



2.  Bentangkan sehelai kulit popia. 

3.  Ambil secukupnya inti tadi dan letak lebih kurang satu inci dari tepi.  Lipat kiri dan kanan kulit popia tu dan digulung.  Di tepinya tampalkan dengan gam tepung supaya tak terbuka bila digoreng.



4.  Bila semua dah siap digulung, goreng hingga garing.



5.  Boleh dimakan dengan sos atau dimakan begitu sahaja. 




No comments:

Post a Comment