Saturday, December 25, 2010
Kalau ye pun nak raikan Christmas, tapi agak-agak lah.
Terkejut aku bila mendengar kisah beberapa orang Islam yang sanggup menyanyikan lagu "carolin" untuk meraikan sambutan perayaan Christmas. Khabarnya mereka itu dibayar RM100 setiap seorang. Astaghfirullah al azim.
Takkan dia orang ni tak faham yang lagu tersebut memuja jesus penganut kristian??? Malah ada penganut kristian yang hairan dengan sikap orang-orang Islam itu yang sanggup melakukan apa saje untuk RM100.
Aku ni pun bukanlah tinggi sangat pun didikan ugama tapi secara kasar pun kita masih boleh fikir samada boleh atau tidak sampai nak menyanyikan lagu-lagu keugamaan macam tu. Kalau bukan kerana wang, takkan lah mereka ini tidak dapat berfikir tentang tindakan mereka itu. Malah aku dengar antara mereka itu adalah seorang wanita berusia lebih 50 tahun.
Labels:
Lain-lain
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment