450 gm mee kuning
3 sb cili kisar
4 ulas bawang merah - ditumbuk
3 ulas bawang putih - ditumbuk
1 sb sos tiram
10 ekor udang
1 keping fish cake
2 cawan tauge
3 pokok sawi jepun
1 keping - dipotong dadu dan digoreng
garam secukup rasa
3 sb minyak untuk menumis
1. Tumis bawang merah dan bawang putih hingga kekuningan.
2. Masuk cili kisar dan tumis lagi hingga garing.
3. Kemudian barulah dimasukkan sos tiram, udang, fish cake dan sawi. Tumis lagi hingga udang bertukar kemerahan.
4. Lepas itu masukkan mee kuning dan garam. Gaul rata sambil digoreng dalam 5 minit.
5. Akhir sekali masuk tauge sambil digaul rata. Tutup api.
6. Masa menghidang, tabur dengan tauhu dan bawang goreng.
No comments:
Post a Comment