Thursday, December 30, 2010

Pegaga Masak Lemak Cili Api




400 gm pegaga
1 biji kelapa parut
1 batang serai - dititik
garam secukup rasa

Bahan tumbuk :
5 biji cili padi
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
2 sb udang kering

1.  Kelapa diperah dengan 1 cawan air dijadikan santan pekat dan diperah lagi 1 cawan air dijadikan santan cair. 

2.  Masuk bahan tumbuk, pegaga, serai dan santan cair dalam periuk.  Masak dengan api perlahan sambil dikacau sampai mendidih.



3.  Bila mendidih masuk santan pekat dan garam.  Pastikan dikacau selalu hingga nampak mendidih sekali lagi tapi jangan sampai pecah minyak.

Aku sebenarnya hanya masak pegaga masak lemak cili api dan ayam goreng aje.



Tup-tup Yong kawan aku call ajak keluar lunch.  Bila aku kata aku cuti dan tengah makan tengahari lauk pegaga cili api, terus dia kata nak datang rumah aku.

Mulanya aku seriau gak sebab tak bestlah orang datang tak de lauk.  Tapi dah dorang nak datang jugak, aku pun ok ajelah tapi tak de lah lauk yang meriah-meriah.  Sementara menunggu mereka sampai, aku masak asam pedas melaka dan ikan goreng ajelah.

Tapi Yong datang bertiga dengan sharifah dan mak mah, punya banyak lah lauk yang dibawa.  Ada ikan bakar, daging salai masak lemak cili api, jantung pisang dicelur, pakis masak lemak, siap dengan kuih sekali dan ada lagi aku dah lupa. 

 

Terimakasih juga pada Yong kerana bagi kitchen towel (souvenir) dari S'pore.  Yong tu baru je balik bercuti dari S'pore.

No comments:

Post a Comment