Thursday, December 16, 2010

Kway Teow Goreng




450 gm kway teow
3 sb cili kisar
4 ulas bawang merah - ditumbuk
3 ulas bawang putih - ditumbuk
3 pokok sawi
10 biji fish ball - dibelah dua
2 keping tauhu potong dadu dan goreng
10 gm tauge
1 sb kicap lemak manis
1 st sos tiram
garam secukup rasa
1 pokok daun sup/daun bawang - dihiris
3 sb minyak untuk menumis


1.  Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih hingga kekuningan.  Masuk cili kisar dan goreng lagi hingga garing.

2.  Masuk sos tiram, kicap, fish cake dan sawi.

3.  Bila sawi dah hampir layu, masuk kway teow dan garam. Gaul rata.

4.  Akhir sekali masukkan tauge.  Gaul rata dan tutup api supaya tauge tidak terlalu lembik.   

5.  Semasa menghidang, tabur daun sup/daun bawang, cili padi dan tauhu.



No comments:

Post a Comment