Friday, December 31, 2010

Bayam Merah Tumis Air




Hari ni aku hanya masak sayur bayam merah tumis air, ayam goreng dan hanya panaskan kuah asam pedas semalam yang masih elok.   Cukuplah untuk aku dan sibola-bola ku makan.   Kerja ku hanya lebih kepada mendobi lah memandangkan cuaca cerah hari ni.  Dah beberapa hari cuaca mendung aje, banyak pakaian yang tertangguh menunggu di basuh.


1 ikat bayam merah
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/4 cawan ikan bilis
1 biji cili merah - dihiris
1 cawan air
garam secukup rasa
1 sb minyak untuk menumi

1.  Bawang merah dan bawang putih ditumbuk kasar atau dihiris.

2.  Panaskan minyak.  Tumis bahan tumbuk dan ikan bilis hingga kekuningan.

3.  Masukan sayur dan air.  Bila dah mendidih, masuk cili hiris dan garam. Biarkan seketika dan tutup api.  




Thursday, December 30, 2010

Pegaga Masak Lemak Cili Api




400 gm pegaga
1 biji kelapa parut
1 batang serai - dititik
garam secukup rasa

Bahan tumbuk :
5 biji cili padi
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
2 sb udang kering

1.  Kelapa diperah dengan 1 cawan air dijadikan santan pekat dan diperah lagi 1 cawan air dijadikan santan cair. 

2.  Masuk bahan tumbuk, pegaga, serai dan santan cair dalam periuk.  Masak dengan api perlahan sambil dikacau sampai mendidih.



3.  Bila mendidih masuk santan pekat dan garam.  Pastikan dikacau selalu hingga nampak mendidih sekali lagi tapi jangan sampai pecah minyak.

Aku sebenarnya hanya masak pegaga masak lemak cili api dan ayam goreng aje.



Tup-tup Yong kawan aku call ajak keluar lunch.  Bila aku kata aku cuti dan tengah makan tengahari lauk pegaga cili api, terus dia kata nak datang rumah aku.

Mulanya aku seriau gak sebab tak bestlah orang datang tak de lauk.  Tapi dah dorang nak datang jugak, aku pun ok ajelah tapi tak de lah lauk yang meriah-meriah.  Sementara menunggu mereka sampai, aku masak asam pedas melaka dan ikan goreng ajelah.

Tapi Yong datang bertiga dengan sharifah dan mak mah, punya banyak lah lauk yang dibawa.  Ada ikan bakar, daging salai masak lemak cili api, jantung pisang dicelur, pakis masak lemak, siap dengan kuih sekali dan ada lagi aku dah lupa. 

 

Terimakasih juga pada Yong kerana bagi kitchen towel (souvenir) dari S'pore.  Yong tu baru je balik bercuti dari S'pore.

Sambal Tumis Daging




1/2 kg daging
1 st serbuk kunyit
1 cawan cili kisar
1 biji bawang besar - dihiris
2 sb kicap lemak manis
1 sb asam jawa 
1 cawan air
garam secukup rasa
1/2 cawan minyak untuk menumis

Bahan tumbuk/kisar :
5 biji cili merah
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 sb belacan

1.  Daging dipotong nipis.  Dilumur sedikit dengan serbuk kunyit dan garam. Panaskan minyak dan gorengkan daging itu hingga garing sedikit dan toskan.

Jika daging itu jenis yang liat, rebuskan dulu daging yang telah dipotong-potong itu hingga empuk.  Lepas tu tumbukkan sedikit daging supaya jadi lebih lembut, digaul dengan serbuk kunyit dan garam lalu barulah digoreng.



2.  Lebihan minyak menggoreng daging itu ditumiskan bahan tumbuk hingga kuning.

3.  Masuk cili kisar dan tumis lagi hingga garing. 

4.  Ramaskan asam jawa bersama 1 cawan air tadi dan tapiskan ke dalam cili yang telah garing tadi.  Masak lagi hingga pecah minyak.

5.  Akhir sekali masuk daging, bawang besar, kicap dan garam.  
Bila mendidih, tutup api.




Monday, December 27, 2010

Sambal Goreng Telur Pecah



50 gm cili kering / 1 1/2 cawan cili kisar
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1" belacan
3 biji telur
garam
3/4 cawan minyak

1.  Cili kering dipotong pendek dan direbus.  Kemudian dibilas dengan air bersih dan ditoskan sambil dibuang bijinya sedikit. Kemudian dikisar.  

2.  Bawang merah dan bawang putih ditumbuk kasar.  Tumbukkan sekali dengan belacan.  Kalau nak dikisar sekali dengan cili pun boleh tapi aku lebih suka bawang itu kelihatan berkeping-keping bila digoreng.

3.  Panaskan minyak sehingga betul-betul panas.  Tumiskan bawang dan belacan yang ditumbuk tadi sehingga naik bau.



4.  Masukkan cili kisar dan goreng lagi sambil dikacau supaya tidak berkerak didasar kuali.  Boleh tambah minyak jika perlu.  Kalau kurang minyak, sambal tak cantik dan rasa garingnya pun tak sedap.

5. Bila dah hampir garing, buatkan lubang ditengah sambal ataupun ditolak sambal ke tepi sedikit dan pecahkan telur.  Biarkan telur itu seketika sehingga bahagian bawah telur itu mula masak. 



Lepas itu, cepat-cepat digaulkan telur itu bersama sambal supaya bersatu.  Tapi biarlah telur itu nampak berkeping-keping di dalam sambal (tak tahulah aku macamana nak tulis kat sini, maaf...hahaha).  
    
Tapi ada juga orang yang suka kalau telur itu digaul rata sampai hancur dalam sambal tu. Tang tu ikut suka hati masing-masing lah.

6.  Akhir sekali masuk garam dan digoreng sambal itu hingga garing.






Sunday, December 26, 2010

French Toast




5 keping roti putih
2 biji telur
2 sb susu cair
1 st esen vanila
1/4 st serbuk kulit kayu manis
beberapa sudu mentega untuk menggoreng roti


1.  Campur telur, susu cair, esen vanila dan serbuk kulit kayu manis.  Pukulkan sedikit agar semuanya sebati.

2.  Celup roti dalam telur di kedua-dua belah.

4.  Panaskan 1-2 sb planta/butter dalam kuali dan letakkan roti bersalut telur ke dalamnya.  Masak hingga kuning.  Kemudian terbalikkan sebelah lagi dan goreng lagi kuning di kedua-dua belah roti itu. 

Tambahkan lagi mentega untuk gorengan seterusnya.




Lebih sedap dimakan dengan taburkan gula icing atau madu di atas roti itu.






Saturday, December 25, 2010

Diet Rasulullah

sumber :  http://www.carigold.com/

JENIS MAKANAN
Rupanya tanpa kita sedari, dalam makanan yang kita makan sehari-hari, kita tak boleh sembarangan. Hal inilah penyebab terjadinya berbagai penyakit antara lain penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain2 penyakit. Apabila anda telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yg lainnya.

Ini pun adalah diet Rasullulah SAW kita juga. Ustaz Abdullah Mahmood mengungkapkan, Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya karena pandai menjaga makanannya sehari-hari. Insya Allah kalau anda ikut diet Rasullullah ini, anda takkan menderita sakit perut ataupun keracunan makanan.

Jangan makan SUSU bersama DAGING
Jangan makan DAGING bersama IKAN
Jangan makan IKAN bersama SUSU
Jangan makan AYAM bersama SUSU
Jangan makan IKAN bersama TELUR
Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD
Jangan makan SUSU bersama CUKA
Jangan makan BUAH bersama SUSU (contoh : cocktail)

CARA MAKAN
1.  Jangan makan buah setelah makan nasi.  Sebaliknya makanlah buah terlebih dahulu, baru makan nasi.

2.  Tidur 1 jam setelah makan tengahari.

3.  Jangan sesekali tinggal makan malam.  Barangsiapa yang tinggal makan malam, dia akan dimakan usia dan kolesterol di dalam badan akan berganda.

4.  Dalam kitab juga melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nampak memang sulit.. tapi, kalau tak percaya... cubalah...Pengaruhnya tidak dalam jangka pendek....  Akan berpengaruh bila kita sudah tua nanti.

Nabi pernah mencegah kita makan ikan bersama susu. karena akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh ilmuwan yang menemukan bahwa dalam daging ayam mengandung ion+  sedangkan dalam ikan mengandung ion-,  jika dalam makanan kita ayam bercampur dengan ikan maka akan terjadi reaksi biokimia yang akan dapat merusak usus kita. Al-Quran Juga mengajarkan kita menjaga kesihatan spt membuat amalan antara lain:

1. Mandi pagi sebelum subuh, sekurang kurangnya sejam sebelum matahari terbit.  Air sejuk yang meresap kedalam badan dapat mengurangi penimbunan lemak.
Kita boleh saksikan orang yang mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air batu) setiap pagi.  Mujarabnya Insya Allah jauh dari penyakit (susah mendapat sakit).

3. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (yaitu sujud sekurang-kurangnya semenit setelah membaca doa). Kita akan terhindar dari sakit kepala atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang
udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang tersebut.

4. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari.  Begitu juga ahli saintis telah menemukan bahwa enzyme banyak terkandung di celah jari-jari, yaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur (enzyme sejenis alat percerna makanan)

Wassalam...
Sama-samalah kita mengamalkannya. ......
WallahuA'lam

Kehebatan Surah Al-Ikhlas

sumber http://www.resepirahsiaku.com/2009/07/kehebatan-surah-al-ikhlas.html#ixzz1FwDPq06j

*LUANGKAN MASA ANDA SELAMA 15 - 20 MINIT UNTUK MENGETAHUI APAKAH MESEJ YANG DISAMPAIKAN SEBELUM ANDA KATAKAN TIDAK BERMINAT ATAU TIDAK PERCAYA. TETAPI ANDA JANGAN BUANG RISALAH INI SEBALIKNYA BERIKAN KEPADA SAUDARA ISLAM KITA YANG LAIN KERANA MEREKA MUNGKIN SANGAT MEMERLUKANNYA. TERIMA KASIH. WASSALAM. *

"Au zubillah himinashsyaitan nirrajim.. bismillahirrahmanni rrahim"
Tafsirannya :  Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam,
Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

1.  Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.  Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat di atas,kemudian bacalah surah Al-Ikhlas (iaitu ayat: Qulhuwallahu ahad. Allahussamad. Lamyalid walam yu-lad. walam yakul lahu kufuwan ahad.) sebanyak 3 kali.

2. Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut . Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.

3. Diriwayatkan oleh Iman Bukhari sabda Nabi Muhammad s.a.w :
"Barang siapa membaca Qul huwa"llahu ahad 100,000 kali maka sesungguhnya ia telah menebus dirinya dari Allah, maka menyeru yang menyeru dari pihak Allah di langit dan di bumi. Kusaksikan bahwa si fulan itu telah menjadi pemerdekaan Allah sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari sisi Allah, Sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari neraka". Inilah yang dinamakan membaca Qulhua"llah ahad satu hatam yaitu 100,000 kali dengan diwiridkan seberapa ribu kesanggupan kita sehari. **

4.Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. (Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby). Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya.  Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangkamasa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab.  Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat. Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu)tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul. Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.

5. Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang sahara itu seluas dari timur hingga ke barat. Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami,sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan. **Sabda Rasulullah SAW lagi:

6. Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s. Siapa membaca surah Fatihah, al-ikhlas, al-falaq, and an-annas setiap satu sebanyak 7 kali selepas solat jumaat, nescaya terpelihara dari perkara keji dan segala bala hinggalah ke jumaat yang berikiutnya.Jika dibaca 3 surah ini al-ikhlas, al-falaq and an-nass pagi dan petang nescaya tidak mengalami apa-apa kesusahan.

Mula-mula belajar buat kuih Badak Udang


Hari tu bila doh epok-epok sayur ada lebih,
aku buat Karipap Serunding. 
La ni serunding pulak yang ada lebih. 
Jadi aku rasa baiklah dibuat Kuih Badak pulak. 
Lepas ni kot-kot keledek plak yang terlebih, 
kenalah plak fikir kuih selanjutnya. 
Hai, semua kes terlebih bahan je..........hehehe.


2 cawan keledek rebus yang telah dilecek
1/2 cawan tepung gandum
garam secukup rasa
serunding kelapa secukupnya


1.  Satukan keledek lecek, tepung gandum dan garam. Gaul hingga menjadi doh.
2.  Ambil sedikit dan bulat-bulatkan.
3.  Leperkan sedikit dan masuk serunding kelapa.
4.  Bulat-bulatkan semula, letak udang di atasnya...tekan sikit dan goreng hingga garing.


Masa goreng ni lah yang frust sebab ada udang yang patut duk atas kuih tu pi berenang kat dalam kuali tu.  Tapi adalah juga yang tak pi mana-mana.  Dia duk diam je atas kuih tu.

Ni udang yang tak lekat.  Bentuk kuih pun herot semacam je, marah agaknya udang tu tak nak duk diam.
Tak puas hati aku dengan cucur badak ni pasal udang tak lekat.  Selalunya aku buat cucur badak ni tak letak udang.  La ni bila letak udang, pasai apa udang tu tak melekat kat kuih sampai kuih tu jadi herot dek aku menekan udang tu kuat sangat supaya tak keluar. 


Mulalah aku mencari sesapa yang ada buat cucur ni.  Nasib baik aku jumpa kat blog Mokwo  pernah buat letak udang dan cute je udang tu landing atas kuih tu.  Rupanya mokwo tampal ngan gam.  Bukan gam tampal kertas tu tapi paste tepung campur ngan air.

Tunggulah suatu ketika nanti aku cubalah buat.  Sekarang mood dah hilang.




Kalau ye pun nak raikan Christmas, tapi agak-agak lah.


Terkejut aku bila mendengar kisah beberapa orang Islam yang sanggup menyanyikan lagu "carolin" untuk meraikan sambutan perayaan Christmas.  Khabarnya mereka itu dibayar RM100 setiap seorang.  Astaghfirullah al azim.


Takkan dia orang ni tak faham yang lagu tersebut memuja jesus penganut kristian???  Malah ada penganut kristian yang hairan dengan sikap orang-orang Islam itu yang sanggup melakukan apa saje untuk RM100.


Aku ni pun bukanlah tinggi sangat pun didikan ugama tapi secara kasar pun kita masih boleh fikir samada boleh atau tidak sampai nak menyanyikan lagu-lagu keugamaan macam tu.  Kalau bukan kerana wang, takkan lah mereka ini tidak dapat berfikir tentang tindakan mereka itu.  Malah aku dengar antara mereka itu adalah seorang wanita berusia lebih 50 tahun.


Friday, December 24, 2010

10 laluan bagi insan


source : terapi-alfatah


1-LALUAN MENUJU KE KUBUR

Bagaimana memudahkannya?
a. Jauhkan dari perbuatan mengumpat & mengeji
b. Hindarkan perasaan irihati (benci)
c. Jangan terpengaruh dengan harta dunia
d. Sucikan qadha' hajat dengan istibra (berdehem selepas buang
air kecil)

2-LALUAN UNTUK BERJUMPA IZRAIL
Bagaimana memudahkannya?
a. Bersihkan diri dengan bertaubat umpama berdosa setiap masa
b. Gembirakan hati orang Mu'min
c. Bayar semula qadha/ganti (solat & puasa) yang tertinggal
d. Kasih sepenuh hati kepada ALLAH Taala

3-LALUAN UNTUK BERTEMU MUNGKAR NANGKIR
Bagaimana memudahkannya?
a. Mengucap dua kalimah syahadat
b. Suka memberi sedekah
c. Berkata benar dan tidak berdusta
d. Bersihkan dan perbaiki hati

4-LALUAN UNTUK MEMBERATKAN TIMBANGAN
Bagaimana memudahkannya?
a. Belajar atau mengajar ilmu yang bermanafaat
b. Sucikan perkataan dan pakaian
c. Bersyukur dengan yang sedikit
d. Suka dan redha dengan yang didatangkan oleh ALLAH

5-LALUAN MEMANTAPKAN AMALAN
Bagaimana memudahkannya?
a. Jauhkan perkataan yang sia-sia
b. Pendekkan cita-cita dunia
c. Banyakkan puji-pujian kepada ALLAH
d. Banyakkan sedekah dan khairat

6-LALUAN MELALUI TITIAN SIRAT AL-MUSTAQIM
Bagaimana memudahkannya?
a. Kasihilah aulia ALLAH S.W.T
b. Berbaktilah kepada kedua ibubapa
c. Berpegang teguh dengan syariat dan hukum syara'
d. Bercakap perkataan yang baik sesama makhluk

7-LALUAN MENJAUHKAN DIRI DARI NERAKA
Bagaimana memudahkannya?
a. Banyakkan membaca al-Quran
b. Banyakkan menangis kerana bertaubat pada ALLAH dengan dosa-dosa yang lalu
c. Tinggalkan perkara yang maksiat
d. Jauhkan segala yang haram

8-LALUAN UNTUK MEMASUKI SYURGA
Bagaimana memudahkannya?
a. Membuat kebajikan seberapa banyak yang boleh
b. Kasihi orang yang soleh
c. Kerjakan segala suruh-suruhan ALLAH
d. Merendahkan diri di antara semua makhluk ALLAH

9-LALUAN BERJUMPA DENGAN Rasulullah S.A.W
Bagaimana memudahkannya?
a. Kasihilah Nabi ALLAH
b. Kasihilah Rasullullah S.A.W
c. Tuntutilah yang difardhukan oleh ALLAH
d. Banyakkan selawat ke atas Rasulullah S.A.W

10-LALUAN UNTUK BERTEMU ALLAH
Bagaimana memudahkannya?
a. Serahkan seluruh jiwa raga kepada ALLAH
b. Hindarkan diri dari menderhaka/syirik kepada ALLAH
c. Betulkan dan baikkan i'tiqad kepada ALLAH
d. Bencikan dan hindarkan segala yang diharamkan-Nya

Cucur Jagung



1 cawan tepung gandum
2 sb tepung beras
1 cawan air
1/4 st air kapur
2 batang jagung
1/2 cawan ikan bilis
1 batang carrot
1 biji cili hijau
1/2 biji bawang besar
1 cawan minyak untuk menggoreng
garam secukup rasa

1.  Kikiskan biji-biji jagung itu.  




2.  Carrot dipotong halus memanjang dan bawang besar dihiris. 
Cili hijau dicincang.




3.  Campurkan tepung gandum, tepung beras, serbuk kunyit, air, air kapur dan garam.  Gaul hingga sebati.


4.  Masukkan bahan-bahan lain dan gaul lagi hingga rata.  Adunan janganlah terlalu pekat dan tidak juga terlalu cair.  Biarkan adunan dalam 10 minit.


5.  Panaskan minyak dan masukkan adunan itu sesudu demi sesudu. Goreng hingga garing dan toskan.







  


Thursday, December 23, 2010

Cuti-cuti di rumah

Aku masih lagi bercuti nak perabis cuti tahun sebelum 31/12.  Aku pun tak plan nak pi mana2.  SiBola-Bola aku pun hari-hari kerja.  Maklumlah hujung tahun macam ni hotel busy aje, mana dia boleh ambil cuti. 


Sejak semalam cuaca pun tak berapa panas.  Baju2 banyak yang tak kering.  Ingatkan cuti2 ni dapatlah membasuh langsir dan selimut tapi dah cuaca mendung aje, tertangguhlah lagi.


Aku buat kerja-kerja wiping aje barang2 kat rumah ni.








Karipap Serunding



Inti Serunding :
1/2 biji kelapa parut
1 sb cili kisar
2 sb geragau kering
1 sb minyak untuk menumis
serbuk kunyit
garam secukup rasa

Bahan kisar :
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 st jintan manis
1 st ketumbar
3 batang serai
1\2" lengkuas
1" halia


1.  Tumis bahan tumbuk dan cili kisar.
2.  Masuk geragau kering.
3.  Bila dah wangi, masuk kelapa parut.
4.  Masuk garam dan serbuk kunyit untuk memberi warna kepada serunding.  Gaul rata dan goreng lagi tapi serunding janganlah terlalu kering.  Seeloknya biarlah lembab-lembab sedikit.



Epok-epok Sayur



2 caw tepung gandum
3 sb planta - dicairkan
3/4 cawan air 
1/4 st garam
2 cawan minyak untuk menggoreng

1.  Gaul tepung dan marjerin cair yang masih suam-suam.

2.  Masuk air sedikit demi sedikit sambil diuli hingga menjadi doh yang lembut.

3.  Canai nipis doh itu dan terap bentuk bulat.  Besar mana nak buat karipap tu ikut suka.


4.  Sapukan 1 sb cili kisar di tengah kepingan doh itu.  Lepas itu letak inti tauge di tengah doh dan kelim seperti membuat karipap biasa. 

5.  Goreng dalam minyak yang banyak.

6.  Makanlah epok-epok ini dengan sos cili.  Sos cili itu mestilah cair sedikit.




 Inti Tauge :
1 mangkuk tauge
2 ulas bawang putih - tumbuk
2 sb geragau kering 
garam secukup rasa
1 sb minyak untuk menumis

1.  Tumis bawang putih. 
2.  Masuk udang kering atau geragau kering.  Tumis lagi.
3.  Masuk carrot, tauge dan garam.
4.  Masak sekejap dan angkat. 
5.  Toskan dalam penapis supaya inti tidak terlalu berair.



Wednesday, December 22, 2010

Tauhu Sumbat

 



5 keping tauhu
1 cawan tauge
1/2 biji carrot


1.  Tauhu digoreng hingga garing.  Sejukkan dan dipotong dua menyerong.  Lepas itu dibelah di bahagian tengah isinya.

2.  Sumbatkan dengan tauge, carrot dan timun.


3.  Makan dengan sos cili kering atau apa saja yang disukai.



Sos Cili 
1 cawan cili kisar
3 ulas bawang putih
1/2 cawan air asam jawa
2 sb gula pasir
garam secukup rasa

Campurkan semua.  Sos janganlah terlalu cair atau terlalu pekat.



Sawi Masak Asam Rebus




Lauk kampung ni.
Arwah mak aku selalu masak lauk ni dulu.
Senang dan ringkas. 
Memang sedap makan dengan ikan masin goreng.
Tak perlu dah lauk lain.

200 gm sayur sawi
3 sb cili kisar
1 sb asam jawa 
3 cawan air
garam

Bahan tumbuk :
5 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1" kunyit hidup / 1 st serbuk kunyit
1" belacan

Masukkan semua bahan ke dalam periuk.  Masak hingga mendidih dan sayur masak.

Selain sedap dimakan dengan ikan masin, sesuai juga dimakan dengan ikan goreng, ayam goreng atau ikan bilis goreng.






 



Tuesday, December 21, 2010

Mee Goreng



450 gm mee kuning
3 sb cili kisar
4 ulas bawang merah - ditumbuk
3 ulas bawang putih - ditumbuk
1 sb sos tiram
10 ekor udang
1 keping fish cake
2 cawan tauge
3 pokok sawi jepun
1 keping - dipotong dadu dan digoreng
garam secukup rasa
3 sb minyak untuk menumis


1.  Tumis bawang merah dan bawang putih hingga kekuningan.

2.  Masuk cili kisar dan tumis lagi hingga garing.

3.  Kemudian barulah dimasukkan sos tiram, udang, fish cake dan sawi. Tumis lagi hingga udang bertukar kemerahan.

4.  Lepas itu masukkan mee kuning dan garam.  Gaul rata sambil digoreng dalam 5 minit.

5.  Akhir sekali masuk tauge sambil digaul rata.  Tutup api.

6.  Masa menghidang, tabur dengan tauhu dan bawang goreng.


ole-ole dari Kak Filah


Hari ni aku dapat ole-ole dari kak filah yang baru balik dari UK.  Tkasih lah bebanyak.



Sunday, December 19, 2010

Bubur Pulut Hitam



1 cawan beras pulut hitam
5 cawan air untuk rebus beras pulut hitam
1/3 cawan gula merah/gula melaka
2 sb gula pasir
secubit garam
2 helai daun pandan

Bahan untuk santan :
1 biji kelapa putih 
1 cawan air untuk santan pekat
1 cawan air untuk santan cair
secubit garam



1.  Beras pulut hitam dibersihkan dari lebihan padi bersama serkam padi.  Lepas tu basuh beras pulut hitam itu.  Sebaiknya rendam dulu beras pulut hitam itu 2-3 jam bagi mempercepatkan proses merebusnya nanti. 

2.  Masukkan beras pulut hitam tu bersama air dan daun pandan ke dalam periuk.  Rebus hingga beras pulut hitam itu kembang.



3.  Kemudian masukkan gula merah/gula melaka, gula pasir, santan cair dan garam.  


4.  Sementara merebus pulut hitam itu, bolehlah disediakan santan pekat.  Santan pekat dan garam itu dimasak hingga menjadi pekat sedikit sambil dikacau tanpa henti supaya santan tidak pecah minyak.  

Untuk bubur pulut hitam ini, lebih baik gunakan santan segar dari santan kotak.  Ia lebih berlemak dan harum. 


5.  Ada 2 cara menghidangkan bubur pulut hitam ini.  Satu cara, masukkan bubur pulut hitam yang telah siap dimasak ke dalam mangkuk.  Kemudian masukkan pula sedikit santan pekat yang dimasak tadi ke dalamnya.  Kacau-kacaukan dan siap untuk dimakan.

Satu lagi cara adalah dengan mencampurkan sekali semua santan ke dalam periuk bubur pulut hitam yang telah siap dimasak tadi. Kemudian masak lagi hingga mendidih dengan menggunakan api perlahan dan boleh terus dihidangkan.