250 gm planta
75 gm gula halus
200 gm tepung gandum
50 gm tepung jagung
1 biji telur
1 biji kuning telur untuk sapu
pewarna merah dan hijau
1. Pukul gula dan planta hingga kembang.
2. Masuk telur dan pukul rata.
3. Masuk tepung sedikit demi sedikit sambil diuli hingga menjadi doh yang lembut.
4. Bahagi doh kepada 2 bahagian. Titikkan pewarna setiap satu bahagian tapi jangan diuli rata.
5. Bulat-bulatkan doh itu. Besarnya ikut suka. Leperkan dan masukkan inti jem nenas. Bulat-bulatkan semula. Tekan sedikit atasnya dengan hujung jari supaya berlekuk sedikit dan cucukkan dengan bunga cengkih.
6. Sapukan kuning telur yang telah dipukul sedikit di atas permukaan biskut. Bakar biskut pada suhu 160c selama 15 minit.
Bahan untuk jem nenas :
500 gm nenas - diparut
100 gm gula pasir
sedikit serbuk kayu manis
secubit garam
Masukkan semua dalam kuali dan dimasak hingga kering. Sejukkan dan bulat kecil.
No comments:
Post a Comment