Di antara perkara yang perlu difaham berkenaan Lailatul Qadr ialah:
- Al-Quran diturunkan pada malam Lailatul Qadr
- Lailatul Qadr lebih baik daripada seribu bulan yang membawa maksud bahawa setiap amalan yang termakbul pada malam itu samalah dengan amalan yang setara dengannya sebanyak amalan seribu bulan
- Turun para malaikat dan Jibrail pada malam itu
- Sejahtera malam itu hingga terbit fajar
- Ibadah yang jujur, ikhlas, konsisten dan kyusyuk pada sebarang masa
- Tiada tanda-tanda fizikal yang dijelaskan dalam Al-Quran kecuali khabar-khabar angin semata.
Diantara kejadian pelik yang merupakan tanda-tanda malam Lailatul Qadar yang tidak boleh dipercayai adalah seperti -“ air sungai berhenti mengalir, pokok sujud ke bumi, ufuk langit merah, bekunya air, perubahan cuaca pada waktu siang atau malam, dan lain-lain. Terdapat sikap sesetengah kalangan yang suka menunggu-nunggu tanda-tanda berlakunya Lailatul Qadr barulah ia akan melakukan ibadah semaksima yang boleh.
Memburu satu malam Lailatul Qadr memerlukan ribuan malam sebelumnya yang dipenuhi oleh aktiviti-aktiviti ibadah dan usaha membersihkan hati secara ikhlas, jujur dan yang penting sekali konsisten. Adapun orang yang mengalami malam tersebut, adakalanya mereka sendiri akan mengetahui bahawa malam itu ialah malam Lailatul Qadar.
Namun begitu, jumlah malaikat yang turun pada setiap malam (yakni di sepertiga malam) tidak seramai pada Lailatul Qadr. Malaikat yang turun pada malam itu bukanlah malaikat-malaikat sebarangan , yang tinggi rankingnya misalnya Jibrail a.s.
Apa maksud saya “a moment of time” atau dalam bahasa melayu “untuk seketika waktu” merupakan masa yang sungguh pendek dalam tiga atau empat minit dimana itulah masa yang diberi oleh Allah swt kepada sesiapa yang dianugerahkanNya menemui malam Lailatul Qadr. Pada masa yang sangat singkat itu lah sesaorang akan merasa seolah-olah dia berdepan dengan Allah swt. Pada seketika waktu itulah sesaorang itu mohon doa pada Allah swt dan inshallah semua doa yang dipohon Allah swt akan mendengar.
Sesiapa sahaja yang mendapat Lailatul Qadr, terdapat seorang atau sebilangan malaikat yang diizinkan Allah swt menjadi aulia (pelindung, penjaga dan pembimbing) kepada dirinya. Ini bermakna bermula pada malam itu sehingga hari-hari berikutnya, hidupnya makin terarah dan hidup mereka akan sentiasa dikawal oleh malaikat.
Jika sebelum ini bisikan iblis dan bisikan malaikat sentiasa berperang dalam dirinya, tetapi setelah mendapat Lailatul Qadr, bisikan malaikat dan fitrahnya akan menang. Hidupnya akan berubah menjadi baik, inshaAllah. Jika dahulu dia tidak merasa apa-apa jika berbuat dosa, tetapi kini menjadi lebih sensitif dan susah hati mengenangkan dosa. Allah swt izinkan malaikat menjadi pelindung, pembimbing dan pengawal bagi mereka. Inilah tandanya atau ciri-ciri orang yang mendapat Lailatul Qadr.
Imam Hassan Al Basri berkata, “jadilah kamu hamba Allah yang beribadah sepanjang masa, tempat dan suasana, dan jangan menjadi hamba Ramadhan iaitu yang hanya tekun beribadah di bulan Ramadhan sahaja.
Lailatul Qadr itu dinanti dan dicari dengan momentum ibadah yang telah dimulakan sejak awal-awal lagi, hati dan nurani terus terusan dibersihkan setiap hari, hingga saatnya layak menjadi wadah tempat bertemunya para malaikat. Dan bila itu berlaku, bisikan baik akan sentiasa mengatasi bisikan jahat, dan perangai pun berubah menjadi baik selama-lamanya.
InshaAllah.
Hj. Lokman (source)
No comments:
Post a Comment