1 biji kentang russet - dipotong memanjang
1 biji bawang besar - dihiris
2 ulas bawang putih - dicincang
2-3 biji telur
1 biji cili merah - dihiris
1 pokok daun sup - dihiris
1 sb minyak masak
kicap lemak manis secukupnya
garam (jika perlu)
1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan separuh cili hiris tadi hingga kekuningan.
2. Masukkan kentang dan gorengkan hingga separuh masak.
3. Masuk bawang besar dan balik-balikkan.
4. Tolak ke tepi sedikit bahan-bahan itu dan masukkan telur. Biarkan sebentar.
5. Kemudian gaulkan agar bersatu bahan-bahan tadi.
6. Bila kentang dah masak, masukkan kicap secukupnya. Masukkan sedikit garam jika perlu. Tutup api
7. Bila menghidang taburkan baki cili merah tadi dan daun sup.
No comments:
Post a Comment